BEN ASHAARI

Sunday, July 31, 2011

LEMAK CILI PADI AYAM BERNENAS...

P1300233
Assalammualaikum, salam semua. Mat baru berkesempatan menulis entri masak2... Hari ni mat menerima kunjungan dari Sunah, Azila (teman serumah Sunah) dan juga Miss Ran, blogger ratu pecut...perghh. Terima kasih pada mereka bertiga kerana sudi singgah rumah mat, yelah kita ni kan blogger pendalaman, jadi bila ada yang sudi singgah, rasa dihargai kan, blogger kampung.hehe ....jadi ke setarafan tu tak delah sama dengan blogger bandar2 besar..yea tak?.. Apa2 pun itu tanggapan sahaja, hakikatnya kita mahluk Allah yang sama. Ok untuk entri ni mat letak satu masakan yang begitu biasa. Lemak cili padi ayam bernenas ni antara hidangan mat pad tetamu tadi...Ady Budika...nanti datang Sedenak, aku masakkan, okehh..sekarang ni kita semak resipi dulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 18
1 biji nenas madu (mat guna nenas Josephine), dihiris sederhana tebal
4 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili merah
10 biji cili padi merah thai
3 biji buah keras
2 hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serai, hingga harum. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan biar hingga ayam kecut.
  2. Masukkan nenas, dan gaul rata, masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor. Tambah santan pekat. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak hingga ayam empuk dan nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama2 lauk kegemaran....

8 comments:

Jemarioren said...

selamat berpuasa che mat gebu

Sunah Sakura said...

typo tuu... hishhh... mereka bertiga keran... nasib baik ada 'n'... :D

selamat bertarawikhhhh atokkkkk!!!

||aLeaSaRa|| said...

wah masak utk berbuka puasa esok,best ni!!!selamat menunaikan ibadah puasa ye!kite akan rajin bw kat sini cr idea nk masak apa nanti he3...

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/07/alhamdulillahesok-bermulanya-puasa-di.html

Amie said...

sedaplah nampak resepi ni mat... nanti nak try masak..

JIJI YU said...

rasa terpinggir je..muahaa

mizz_pua said...

kalau entry nie bce esok..rase cm terliur je..haha

Iffah Afeefah said...

jiji jeles le tewww


erk ratu pecut..grrrr

pcmmmmmm!!!

Along Usop said...

ampun.. berjuta-juta ampun....
patik amatlah berhajat untuk mengejoinkan diri pada hari ahad yang lalu..
namun apakan daya patik cumalah cashier yang makan gaji..
dan tak punya kekuatan untuk terus berjaga setelah melalui hari tanpa lena semenjak jumaat...

ampun... berjuta-juta ampun..


psstt......

PCM... along rase.. ade typo kat atas tu..
pendalaman : sepatutnya pedalaman

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.