BEN ASHAARI

Sunday, July 3, 2011

JOMMM SARAPAN PAGI.....KESAH "NORMA"

P1290571
Assalammualaikum, salam pagi Ahad..Jomm sarapan dulu....Wahh terus ada yang geleng2 pala. uik belah macam tu saja pun ada, oooo tak suka mi hoon goreng eks, ishh, jangan macam, kalau tak suka pun makan lah sikit, kalau suka makan banyak yea. Hmm, mat pun bukan nak sangat goreng mi hoon pagi ni, tapi atas permintaan, mat masak lah.. Kira kat Malaysia, mi hoon goreng antara paling popular kan, sejak zaman tok nenek kita lagi depa dah goreng mi hoon. Satu lagi ianya sesuai dalam semua majlis samada rasmi, santai dan untuk hari2 biasa. Cuma kita kadang2 jemu lah juga, kalau asyik2 mi hoon...muka pun memasing macam mi hoon sudah, panjang je dagu sebab takberapa nak kenan..kann..Kali ni kenan ke, tak kenan ke, kena juga kenan kan. Sebelum mat tulis resipi, kita baca sedikit kesah kesedihan seorang sahabat kita...

Nak kongsi kesah "norma" seorang ibu muda yang menghidap penyakit "kanser otak". sudah ketentuan Ilahi kan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, mat sebenarnya terbaca kesah ni di blog "Kak Ida 1001 Resepi"..terima kasih kak Ida, antara petikan dalam kesah Puan Norma seperti dibawah.....

""Since skrg Numa dah habis treatment kat HKL ...doc pun dah surrender now kami akan usahakan rawatan lain ..ikhtiar cara lain ...harap usaha kami nih di permudahkan dan di rahmati Allah" petikan dari blog saudara norma.."

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan ikhlas pada Puan Norma, boleh lah berbuat demikian.

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Terima Kasih....Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai saudara seagama...DTS-MAT GEBU. Kita semak resipi pulak yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon yang belum direndam
100 gram taugeh
1/2 cekak kuchai
1 keping tauhu
1/3 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 biji telur dibuat telur hancur
1 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar cili sos
2 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah sebagai hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rendam mi hoon hingga lembut, atau rebus dalam air panas sekejap, toskan. Taugeh dicuci dan toskan, tauhu digoreng dan toskan, kuchai dikerat pendek, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, kicap cair, tauhu, udang, telur hancur dan kacau rata.
  3. Masukkan mi hoon dan gaul rata, gunakan api sederhana. Tambah kuchai dan taugeh, gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, boleh renjis sedikit lagi kicap cair, gaul rata2. Masak sekejap dan boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur hirisan cili merah, sertakan sekali ulam timun dan sos cili/sos tomato bila hendal dimakan...

4 comments:

Sis-Lin said...

Ini mee hoon peberet Shai..hehehhe
esok2 dh kawin bini dia kena le pandai masak bee hoon goreng ek..kekekekkee

::blog anak jawer:: said...

wow... nampak rentah lebih banyak dri mee... mmg terbaik la...lapa ni...hehe

-Yok mampir diluk = ”al-kisah nasib anak-anak lorong haji taib..

Bicikut said...

semoga puan kembali pulih...

cik cek said...

Dugaan kehidupan..bersimpati membacanya....hanya doa yg boleh kita titipkan...semuga norma tabah dan kuat....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.