BEN ASHAARI

Tuesday, July 5, 2011

IKAN TONGKOL TUMIS PEDAS....

P1290604
Petang semua, nak share satu resipi sempoi sangat, kira ni masakan habis ikhtiar. Kalau dah macam tak boleh nak fikir, apa nak masak, boleh guna resipi ni. Tapi pastikan ahli keluarga anda tahan pedas. Kalau tak makan ikan tongkol tu tak pe, boleh ganti dengan ayam atau ikan lain, macam ikan tenggiri, ikan kembong atau pun ikan cencaru. Masakan ni mudah, kalau dalam gambar tu nampak macam berminyak, anda cedok keluar yea. Kalau ikutkan ianya seakan2 sambal tumis, macam asam pedas pun ada tepi lebih ringkas.. Ok mat tulis resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 kepingan ikan tongkol putih @ tuna, cuci dan toskan*
Sedikti garam*
34 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan dan gaul rata)
3 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis maggi
Garam dan gula secukup rasa
1 batang leek. kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, tapi jangan garing sangat. Toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, serai, halia, lengkuas dan leek, hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang jus asam jawa.
  2. Kemudian masuk ikan daun limau purut, kiub ikan bilis, garam secukup rasa dan gula. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan segera bersama nasi hangat....

10 comments:

laskar pelangi said...

ermmmmmmmm! sedapnya kalau dapat makan nie...

dugaandugaan...

Sis-Lin said...

Bila tengok dan dengar tongkol je..uhukk maaf le rumah aku x masuk ikan nie..ntah le dr keturunan mana agaknya ni, semua x makan tongkol...

Tp klu gi uma mak ros tu, ada masak tongkol..makan belasah je..hahahahaha free le katakan..hahahahahhaha

Andrik McVean said...

wow...sedap lah mat....i love ikan tongkol

Nur-nba said...

Salam.. Sungguh besar dugaan bila masuk blog Cik Mat ni.. Kalaulah dapat menikmatinya sendiri.. Sedapnyaaaa.. :)

azila said...

waaa..sedap sedap. bubur semlm ader lg tak?heheh

Sunah Sakura said...

da lama tak makan ikan tongkollllllllllllllll!!! nak balik umahhhhhhhhh... T_____T (umah sedenak)

wafa azman said...

hii,

sedapnyeee... tgk gambar pn dh telan air liur.. hiksss~
nk kene kumpul smangat untuk masak weekend ni..huhuuu ;D

love ur blog!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ikan tongkol putih sedap dan lbh lembut...mkn ngan nasi lemak sedap gakni cik mat

JIJI YU said...

makin pedas makin lazat ni

Isteri Encek Bard said...

lama giler tak makan ikan tongkol

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.