BEN ASHAARI

Friday, July 29, 2011

29 JULAI 2011 - 4 TAHUN USIA TIFFINBIRU....

(Gambar Ehsan Google)

Salam semua..Hari ni 29 hb Julai 2011, blog DTS-MAT GEBU meraikan ulang tahun ke - 4. Syukru alhamdulillah, diberi kesihatan dan digerakkan kerajinan untuk mengisi blog masakan ini. Hmm, tak sangka, diam tak diam sudah empat tahun DTS dapat bertahan, berkat sokongan anda semua yang tak putus2 singgah ke sini, memberi kata2 semangat...hmmm mat terharu. Terima kasih mat juga pada blogger masak2 yang begitu memberi sokongan moral pada DTS...ohh terharu lagi...

Jom mat share rentetan sejarah tiffinbiru ni. 4 tahun dulu pada tarikh ini mat gebu pada masa tu tak tahu menahu apa itu blog, telah dengan berani2 membuka satu blog masak2, masa tu mat guna nama "bluetiffin"..Kenapa bluetiffin?.. Ini kerana mat memiliki satu mangkuk tepen antik biru, dan pada mat ia punya significan yang begitu sinonim dengan dunia masak2 dan juga penyatuan...bertingkat tapi bersatu. Masa berlalu hingga mat menghadapi sedikit masalah teknikal, tiba2 blog tu disekat....apa kah dosa ku....

Kemudian mat buat blog ini "tiffinbiru", dan alhamdulllah ianya bertahan sampai sekarang. Sejarah sekali lagi berulang selepas 3 tahun bila mana tiffinbiru blogspot, menjadi tiffinbiru.com..cerita di sini. Dalam 4 tahun berblog, mat, walaupun dari bidang berbeza, blog berbeza, tapi blog DTS turut mendapat impak dari blogger lain, terutama personal blogger, kredit mat berikan pada teman sepagar Ben Ashaari...kenapa? Sebab kami serasi berjiran walaupun macam2 persoalan timbul dan dia pun banyak membantu mat, blogger2 muda mula singgah ke DTS lepas tu..

Untuk menutup entri ini, dengan rasa rendah diri, mat ucapkan terima kasih sayang pada semua, pembaca, pengunjung samada secara tak langsung, pada followers, pada teman2 blog masakan, personal dan antik serta teman FB...Juga tak lupa mat pada pihak media, sama ada media cetak atau elektornik- Majalah Jelita, Harian Metro dan lain2. Juga pada Ben Ashaari dan Kak Ummi Kuantan...mereka lah tempat mat mengadu susah dan senang dunia berblog ini...Moga Alllah membalas jasa2 anda semua.....

RUMAH PENGHULU PENUH UKIRAN,
UKIRAN BERBUNGA DEDAUN PAKU,
DOA KU PANJAT PENUH KESYUKURAN,
SEMPENA EMPAT TAHUN USIA BLOG KU

MANGGA MUDA DIBUAT KERABU,
DUDUK MAKAN BERSAMA CIK AINI,
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
BUAT MEREKA YANG HADIR DISINI...


44 comments:

MamaFaMi said...

Happy 4th birthday to Tiffinbiru. Moga terus sukses...

Oh Oeya said...

Selamat Ulang Tahun ke 4 DTS..

Semoga terus berkarya dan berkongsi ilmu melalui masakan dan blog :)

Tahniah C'Mat :)

kakcik said...

TAHNIAH CMG - DTS. Semoga terus berkarya di sini. :)

shahjiehan said...

tahniah.... tapi ade typo..Syukur alhamdulillah ,


hehe...

boleh la buat give away eh.. pemenang dapat makan free masakan mat gebu!!! yehaaaahaaha!!!

Citarasa Rinduan said...

tahniah DTS

ayu mendoakan DTS terus sucess di dunia maya..

yang pasti ku sayang DTS>>>>

CT Delima said...

As'salam Mat

Happy 4th birthday DTS-tiffinbiru. semoga bertambah ceria, meriah dengan warna warni rempah ratus masakkan yang sedap2 dari hasil air tangan Cik Mat Gebu :D

Sama birthday anak dara kak ct hari ni Mat..hihihi

quinnie said...

happy anny utk tiffinbiru n cikmat..moga terus success...byk benda saya belajar dari blog che mat..terima kasih banyak2...:)

kyo said...

slamatulang thn DTS .. semoga terus kekal berblog...

ilahjy said...

tahniah cmg...en adnan ...dgn kelahiran yg ke 4 DTS semoga berterusan minat dan usaha ini..aminnn

kito sek kelate said...

taniah Mat Gebu!! harap lepas ni lebih sukses

Kathy Tuah said...

congrats ^_^

izahdaut said...

tahniah dan happy 4th blog anibesery.. semoga terus maju jaya untuk tiffin biru dan dimurahkan rezki buat cikmat

cik cek said...

Happy 4th Annivesary to CMG Tiffinbiru...semuga lebih sukses....

BiNtaNg HaTi said...

tahniah CMG...hepy besday tiffin biru..semoga terus sukses...^_^

Sis-Lin said...

Happy 4th birthday to Tiffinbiru. Moga terus sukses...

Moga persahabatan kita kekal selamanya...aminnn

Rozita said...

tahniah CMG!

Sharifah Nadzarah said...

hepi besday & tahniah DTS...
friends forever...

Fara said...

happy birthday tiffinbiru :)

azila said...

hepi besday tiffinbiru..dah masuk 4 thn dah ek?thn depan dah boleh masuk Pra sekolah la...heheh.En. mat..semoga terus sukses yer:)

azila said...

hepi besday tiffinbiru..dah masuk 4 thn dah ek?thn depan dah boleh masuk Pra sekolah la...heheh.En. mat..semoga terus sukses yer:)

Penggemar Coklat said...

happy bthday buat tiffnbiru ^^

sentiasa menantikan resepi2x trbaru dr mat gebu =)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG...
Tahniah... Selamat ulang tahun ke 4 buat DTS.. moga akan lebih maju lagi ke hadapan dengan kejayaan demi kejayaan...

Ummi said...

Selamat Ulangtahun ke 4 Tiffinbiru...Moga terus sukses dan Mat diberikan ilham masak berterusan untuk terus berkongsi di sini. Apalah sangat masalah dikongsi dengan akak, berbanding dengan jasa dan ilmu yang telah Mat curahkan dan kegembiraan yang Tiffinbiru berikan kepada pengunjungnya... Hidup Tiffinbiru.... :)

noorsafone said...

Tahniah tiffinbiru...semoga tak jemu2 berkongsi resepi yg sedap dgn semua pengunjung2nya.Semoga terus melangkah kehadapan & terus suksess.

Isteri Encek Bard said...

SELAMAT ULANG TAHUN KHAS BUAT DTS... SEMOGA CMG CERIA-CERIA SELALU DAN MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT... KAMI SENTIASA MENYOKONG KUAT DTS..... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN CMG... IEB NAK MINTA MAAF JIKA ADA TERSALAH KATA DAN BAHASA YANG MEMBUAT CMG TERASA.......

Ayu said...

Congrats CheMat on your 4th Blogversary!!!
Semuga more to come, and keep it coming ya..

Selamat berpuasa juga pada mat & family ya..

dalilla said...

Tahniah -- utk bertahan for 4 year

terima kasih -- kerana berkongsi resipi2 yg mudah ditulis hingga nampak begitu menyelerakan, resipi sukar DTS mudahkannya, serta gambar2 yang menarik setiap hari..

semoga ianya memberi manfaat kpd semua..
Mat selamat berpuasa yaa..

JIJI YU said...

nak nagesssss..waaa terharu dgn semangat papa

umie mia said...

tahniah..teruskan perjuangan anda dan terima kasih di atas perkongsian resepi yang telah diberikan. semoga en mat gebu dan tiffinbiru terus success ^_^

Fiza Nordin said...

moga terus bertahan... tabah hati melalui onak duri dunia blogging...TAHNIAH cmg!

*4 tahun, seusia Mierza heheee

miss Fyqa said...

selamat ulang tahun yg ke 4 DTS..
moga terus maju :)

ibundo said...

happy birthday untuk DTS. Semuga terus aktif berkarya.

Kjee said...

HAPPY BIRTHDAY TUFFUNBIRU. KITA SAMA BIRTHDAY. UMUR PUN SIKIT2 JE TOKOK TAMBAH KAHKAHKAH

mamanajmi said...

Happy Birthday TiffinBiru...moga terus sukses! Sama tarikhnya dgn besday hubby hari ni..:-))

Gee® said...

waaa...ampat tawon arr... hepi beday tiffinbiru... boleh celebrate dgn kak jee...heee adik gee nk tumpang semangkok yer...

Amie said...

4 tahun sudah berlalu,
hari ini genaplah usia,
terus ke hadapan wahai tiffin biru,
meriahkan dunia masakan kita.

nasi ketumbar ayam ros pandan,
resepi pilihan enak rasanya,
tahniah buat dapur tanpa sempadan,
kongsi masakan di alam maya....

Junie Octovian said...

Wishing Tiffinbiru Happy 4th Birthday!
'Long Live CMG'..thanks 4 sharing ur recipes with us.

IeLa said...

hEPi bIRtHdAy DTS... blog ni banyak membantu saya :) big2 thanx for u :)

Yatie said...

Happy Birthday Tiffinbiru, moga terus sukses dan berkongsi ilmu masakan pada kami peminat setiamu...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wow 4 tahunnnn!! congrats Abang Mat Gebu dan tahniah juga buat blog Tiffinbiru =)

PUTUBAMBU said...

tahniah Che Mat..!

Happy 4th birthday to Tiffin Biru..

semoga rumah masak2 ni lebih sukses lagi ye..!

Mamasya said...

Tahniah!Happy 4th birthday to blogTiffinbiru. moga CMG terus diberikan semangat dan idea untuk berkongsi resepi di blog ni.

Niema said...

Congratulations CMG... kalau hari ni tiffinbiru dah 4 Tahun... Blog niemasrul baru berusia 4 Hari.... ada sinonym la jugak tu kan... heheh

AZLITA AZIZ said...

Happy 4th blog anniversary
semoga Tiffin Biru terus suksess dan mempamirkan resepi yg lebih melatop! untuk semua peminat dan pengunjung setia :))

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.