BEN ASHAARI

Monday, June 27, 2011

URAP PUCUK PAKU PERAK.

P1290440
Tuuu dia, si mat asyik2 masak sayur, kueh tak de ke, kek ke, tak pun biskut raya ke?..hmmm yang tu semua nanti2 yeaa. Mat nya cadangan nak buat roti keju pun terbantut, rasa tak berapa nak rajin lah...hmm tu lah kita manusia ni, kemudahan dah melambak ada, masih rasa tak rajin, sikap macam tu tak elok sebenarnya. Anak2 semua jangan ikut macam pakcik Mat okeh..dia tu memang ada masa malasss tak hengat, kalau masa rajin, orang tidur dia membanking...boleh macam tu?. Kali ni mat share satu resipi mudah..Urap pucuk paku perak. Senang je buat, mula2 mat nak buat kerabu ala nyonya, tapi kan abah mat dia tu kurang sikit lah kalau pedas2 ni, lagi kalau ada masam2, jeling pun dia tak mo...hmm tu pasal kan mat kena masak resipi berbeza, sebab selera masing tak sama, tak boleh nak ngam....huhu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku perak, asingkan dari tangkai
1 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 inci ubi cekur, hiris
1/2 inci kunyit hidup, hiris
2 biji cili merah, hiris
6 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MAMBUATNYA :-)

  1. Pucuk paku dicuci dan toskan hingga betul2 kering. Ketepikan. Kelapa parut putih tadi digaul bersama bahan tumbuk halus, hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa, jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa.
  2. Kemudian masukkan pucuk paku yang telah ditoskan tadi, gaul rata dan sangrai (goreng tanpa minyak) dalam kuali hingga lembut sedikit. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

9 comments:

bersama kak Es said...

biasanya pucuk paku kak es masak lemak jee

AZTIQAH said...

pucuk paku dgn tempoyak
pergh terangkat

Myzul said...

emmm....sedapnya.lama dah x mkn pucuk paku ni

ShashaCatering said...

Biasalah tu cik mat, malas & rajin ni berpusing macam roda. kadang ke atas kadang2 ke bawah. Kan? ;)

JIJI YU said...

haaa semput2..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

pucuk paku perak ni camner ye CMG?saya biasa mkn yg hijau tu je..dan saya tau ada yg warna merah kat tepi2 jln..yg ni yg mana pula ye?

azila said...

lor..br tgk sayur ni kat cafe td.dannn baru zla tau nama dia..heheh

suhaila-ab said...

terlior mokcik...

noraziah ahmad said...

Buat ngn pucuk manis pun sedap ni