SUP IKAN KACHI HALIA BARA..

P1290058
Salam, berjumpa kembali...ini lauk siang tadi, tapi mat masukkan malam, yelah sambil2 menonton Nora Elena tadi..geramm kan tengok watak Yvonne tu, macam nak kasi penampar siam jee..huhh!!...grrrrr. Ok kali ni mat masak ikan kachi, tapi mat guna halia bara. waaa panas sehh, berasap body korang. Halia bara ni kecik sikit dari halia biasa, bau kuat dan agak panas. Selalunya digunakan untuk perubatan tradisional. Saya mat try campur dalam sup, wahh hangat ok, bau dia sama macam halia biasa. Ikan tu bonda sedara mat bagi, anak dia mancing tu hari. Terima kasih mat pada mak engku chik...Ok jom semak resipi,

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kepingan isi ikan kachi/merah
2 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu
2 pokok daun ketumbar
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hisasan (tak de)

BAHAN KISAR HALUS
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3/4 inci halia bara (boleh guna halia biasa)
1/2 inci kunyit hirup
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 camca teh lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkeh
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya dan masukkan kentang daun ketumbardan lobak merah, biar hingga empuk.
  3. Tambah ikan dan cendawan serta perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula@serbuk perasa. Masak hingga ikan masak dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng...

Post a Comment

7 Comments

  1. makin banyak tgk resepi PCM.makin banyak benda yang tak tau..eheh..ikan ape ni..

    ReplyDelete
  2. @ jiji - hahahaha..ikan tu lahh..adehh kan tuu...hadoii ini budak mudaaa..

    ReplyDelete
  3. CMG..ikan kachi tu ikan apa?..ceciter..ce tunjuk gambo sket..:-)

    Jom singgah sini :-
    http://ibundadelight.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam Abg Mat...

    Waa!~ Halia bara tu... Mesti membara macam api yang membara... hehe!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Cik Mat, masak makanan kegemaran saya iaitu sup.
    Cik Mat ni macam tau2 jer saya suka. Kebanyakan makanan yang Cik Mat masak adalah jenis makanan kegemaran saya ;)

    ReplyDelete
  6. CMG

    sup ni sesuai tak utk ibu2 berpantang?sbb halia bara tu sangat baik utk ibu2 dlm pantang.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.