BEN ASHAARI

Tuesday, June 28, 2011

SINGGANG IKAN SAMBAL BELACAN

P1290445
Salam petang semua, apa khabar..sehat ke..hmm mat biasa2 saja, cuma sekarang ni tengah agak risau, sebab kak ipar mat berada di hospital, dia nak bersalin, jam 3 pagi tadi dah ada resa jadi abang mat hantar ke hospital. Kalau kenang2kan sungguh sedih kan bila isteri bersalin tanpa suami di sisi...hmm dah takdir Allah dan dugaan untuk beliau...Apa2 perkembangan nanti mat update kat FB. Hari ni nak share resipi mudah dan sesuai kalau tekak kita meragam. Ianya macam singgang serani tapi ada sedikit kelainan, bila mat guna sambal belacan sebagai salah satu perencah dalam dia. Mat kehabisan cili padi, dan bonda tu hari dah tumbuk sambal belacan 1 mangkuk besar, sebagai alternatif mat guna jelah sambal tu dalam 1 camca besar, hmm sedap pulak pada mat...Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tuna @ tongkol, jenis putih
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
1 camca besar sambal belacan
800 ml air atau secukupnya
1 biji terung biru, potong serong dan rendam
Garam, gula dan serbuk perasa(jika suka) secukupnya

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci, dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, sambal belacan dan serai titik hingga harum. Tuang air secukupnya, masukkan asam gelugor dan biar mendidih.
  2. Tambah ikan, terung (toskan) dan daun limau purut, tambah garam secukup rasa, secubit gula dan serbuk perasa jika suka. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api

6 comments:

JIJI YU said...

saya taruk budu ganti belacan

Aku Ibu Muda said...

yummy! simple tapi mmg nampak menyelerakan.

suhaila-ab said...

huh..tak penah dengar kes singgang sambal belacan ni..2 in 1 ni...boleh try...aku ni antu singgang...

Kjee said...

Kjee doakan kakak ipar CMG selamat bersalin. Sebab Kjee teringatkan kisah dia. Kesian. Berat mata memandang...

Alexandriana Alia said...

1st time dgr singgang letak belacan...sedap ke?. nnti nk try

Ribbon Clown said...

i suka masak singgang gini...terliur sgt2..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.