BEN ASHAARI

Sunday, June 19, 2011

SARAPAN PAGI ala KOPITIAM

P1290181
Salam pagi minggu semua, dah bangun?..dah sarapan?..ke baru nak buat atau beli?. Tak kesahlah apa2 sekali pun janji ia membahagiakan anda sekeluarga. Pagi ni mat blurr, tatau apa nak sarapan. Jemu leerr, tadi tegur Sunah kat YM, tanya dia dah sarapan ke, dia pun sama, belum juga..huhu...Mat tengok2 apa ada di sekeliling dapur, nampak ada roti, eh teringin pulak sarapan gaya ala2 kopitiam. Cuma air je teh, malas nak buat kopi pagi ni. Rasa mat, kali ni kita tak payah letak resipi, yelah benda setakat roti kaya bakar dan telur setengah masak semua orang boleh buat. Nak cari set yang sesuai pun malas nak selongkar gerobok, jadi mat guna saja lah set kangkung..Orait jugak kan set ni..


Kali ni mat rebus telur setengah masak sebanyak 2 biji. Kalau dulu, kami akan guna telur ayam kampung, tapi sejak2 ayam tak de ni kan, guna jelah telur ayam pekan, ok lah juga. Berdasarkan pengalaman dan juga tips2 mat baca dari internet jika kita nak rebus telur 1/2 masak atau half boiled egg kata omputeh. Kalau anda nak telur setengah masak yang kuning dia cair tapi putihnya ada sedikit keras, rebus telur dalam air mendidih perlahan selama 4 minit, manakala jika nak kuning dia sedikit keras tapi masih cair, tambah masa selama 2 minit lagi atau 6 minit. Bila cukup waktu, angkat dan toskan telur. Satu lagi jika anda hendak rebus telur keras macam telur pengantin tu, masa merebus dijadikan 12 - 15 minit dengan api perlahan. Tambah sedikit garam dalam air rebusan untuk memudahkan telur dikupas. Kalau anda rebus telur baru, ada kemungkinan masa kita mengupas kulitnya, putih telur akan terikut sama, jadi kalau dapat rebus telur yang telah agak lama, maksud lama ni telur yang lebih seminggu.

Ok untuk roti bakar tu senang saja, mat cuma panggang roti tadi dalam non-stick pan selama 1-2 minit atau hingga kuning keemasan pada setiap bahagian, kemudian sapu seri kaya dan jika suka sedikit marjerin, tangkupkan dan boleh dihidangkan...Oh yeaa, lupa nak kabo, perihal telur tu, cuci sebelum direbus dan masukkan telur dalam air setelah air tadi mendidih. Kemudian kecilkan api, guna periuk kecil mengikut kuantiti telur yang anda rebus....ok tu saja untuk kali ni, salam sayang dari DTS-MAT GEBU...dan jangan lupa undi DTS kat sini.....

12 comments:

ieza said...

mmg memylerakan.......

Mizz Coki said...

aku ikut cara Kylie Kwong, kalau nak tolo tu masih lembik kuning dia, didihkan air dulu, bila dah menggelegak masukkan telur, lepas 5 minit, angkat telur tadi dan rendam dalam air sejuk. Tak pernah fail.

bonda_tie said...

wow!!!
my feveret!!!

ladyzamea said...

wah..simple mimple..
lebih berselera bila tngk set pinggan mangkok tu..heeeee

Noor said...

En mat masak apa pun saya suka lihat.

Mas said...

hmmmmm...memang lazat...
peberet mas sekeluarga telur 1/2 masak ni...

sall said...

pehhhh...sedapnya...

y.y.yasmin said...

kalo nak senang peel kulit telo
teros letak telo tu through running cold water (kat paip la)~

Sunah Sakura said...

rajinnya pcm taip banyak niiiiiiiiiiiii! hahahahha~

Sunah Sakura said...
This comment has been removed by the author.
expatriat said...

salam cik mat gebu..

terima kasih sbb menjadi blog inspirasi saya dalam menjalankan tanggungjawab as a wife..saya selalu rujuk blog cik mat gebu utk resepi..bole tau tak cik mat gebu kumpul ke pinggan mangkuk bunga kangkung tu? or beli yang sekarang punye?(apa aku cakap ni) sbb ingat dulu2 arwah nenek ada pinggan mangkuk camtu..skang mmg rare nih..kalo cik mat kumpul dari dulu mmg kagum...kalo cik mat beli, bole tau beli katne???(if u dont mind)

Mat Gebu said...

@ expatriat - saya kolek sikit2...dan merata2.Beli kat kedai2 lama apek di pekan2 kecil

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.