BEN ASHAARI

Wednesday, June 8, 2011

SANDWICH SALAD RANGUP.

P1280830
Salam....hmm, seramm lahh malam ni, kenapa ni..errr..haha, releks, gurau je, takkan lah dah besar macam gajah pun takut tinggal sorang..kann. Saja lah, nak menghabis kan roti. Ada baki dalam 4 keping macam tu. Belek2 tadi, fikir apa nak buat eks, hmm jom kita makan sandwich, tapi kalau inti2 biasa tu macam bosan pulak. Mat selemey2 peti sejuk..waaa macam2 adaaa, tak caya?, tanya Ady Budika, ye ke tak kalau mat kata peti sejuk aku macam2 ada...pengsan okeh. Untuk salad tu mat gunakan apa yang ada dalam peti sejuk....pstt sebelum tidur tu, sudi2 lah vote DTS kat sini....dan kalau tak keberatan, jiran mat di sini...terima kasihhhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich
1 camca besar mayonnaise*
1/2 camca besar sos thousand island*
Serbuk lada hitam secukup nya*
1 keping fish nugget, goreng dan dadu kecil*
1/2 biji bawang holland, dadu kecil*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
1 camca besar red capsicum yang telah didadu kecik*
1 camca besar yellow cpasicum yang telah didadu kecik*
1 camca besar green capsicum yang telah didadu kecik*
Sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan bertanda (*), gaul rata dan letak serbuk lada hitam secukup rasa, kacau lagi dan ketepikan.
  2. Ambil 1 keping roti dan letak 1/2 bahagian no. 1 ratakan dan tutup dengan sekeping roti lagi. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun. Letak sandwich dan biar masak 1-2 minit atau hingga peerang. Terbalikkan dan buat kaedah sama.
  3. Kerat 2 sebelum menghidang. Buat sama untuk baki bahan2 tadi. Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Selamat mencuba..



18 comments:

The Ladybird said...

arghhh tidakkkk abg mat.. roti xde pulopppp

ShashaCatering said...

Specialnya, sayur-sayuran bagus untuk kesihatan. Pastu rangup plak tu, sungguh menyelerakan.

Thanks for sharing Cik Mat ;)

Nizam said...

terbaik ni abg mat... nyum2

faz said...

owh cedapnyeeeeeeee

faz said...

owh cedapnyeeeeeeee

diana said...

buat untuk pagi esok cantik ni..:)

roslaini saad said...

oh mAT... KALAU LE KITA BERJIRAN.. hari-hari akak datang mengendeng...hehehheh sedaplaa resepi ni.. rasa nak try

roslaini saad said...

oh mAT... KALAU LE KITA BERJIRAN.. hari-hari akak datang mengendeng...hehehheh sedaplaa resepi ni.. rasa nak try

Sunah Mohammad said...

nak satu pcm!

Ummiakid @ lily said...

idea utk bekfes esok...tq CM

bersama kak Es said...

Kak Es dok cari kat mana lah salad yang rangup itu .... hehe

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

meleleh nengoknyer...ummmp yummy...

Asyieq-iN Rkey said...

lapau tgk..abg mat mmg ske capsicum eh..resipi slalu ade capsicum..=)

Budak Botak said...

Inilah sandwitch alaf baru, he3...

Entry terbaru -> Cara Buka Blog Di Telefon Bimbit Dengan Pantas... (",)

Mas said...

perhhhhhhh.....nak pengsan tengok...

Mas said...

perhhhhhhh.....nak pengsan tengok...

azrinna said...

Sedap! Sedap Sedap!

eeda chan said...

mat gebu tak masuk MasterChef Malaysia ke? you shud!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.