BEN ASHAARI

Saturday, June 18, 2011

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU.

P1290153
Salam petang semua, ni hari rasa penatlah, dah lah bengang jee pala otak nih, grrr...tapi kan mat rasa lega sikit, hmm terima kasih mat pada Ben Ashaari. Ok, sebenarnya mat tak plan nak buat lauk tradisi orang2 Negeri Sembilan ni. Masakan ni femes di Rembau, kalau orang negeri tak makan ni, huhh, bukan true blue orang Negeri, kalau tak caya tanya Kak Anymz, dia Rembau mari, daerah beradat....kan kak. Semalam mat chat dengan Puan Azila, biasalah kita orang ni kan suka gossip, terutama pasal masak2 dan makan2 dan juga duit2..erkk, lepas tu tersentuh bab sambal tempoyak daun kayu ni, dia plan nak buat, mat pun sama, aku ni kan pantang dengar orang nak buat, terus nak ngikut buat juga...tu yang terbuat. Tapikan bahan2 tak cukup mat guna daun pun amat minimum, hanya 3 jenis jee, pucuk ubi, pucuk labu dan daun kunyit. Hmm, jadi lah dah nak sangat kan...Ok kita semak resipi, eehhh kejappp, undi DTS di sini....terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

17 comments:

bersama kak Es said...

sedap nya Che Mat!!
pembuka selera ni. nak2 pulak ada potai tu :)

Miss Ran said...

sedap2

tp sy punye tak taruk pucuk2

juz ltak ikn bilis..

rse sme je

HaSue said...

Eh..cam best lak buh daun2an gini..terliurnya!
nak try jugak laa lenkali..
x perasan lak kak anymz ade penah tayang..kalop tak sah2 nak ngendeng..hehe

Zulfikar Hazri said...

lunch tadi baru je lepas makan tempoyak :) sodappp

Andrik McVean said...

sedap tuh......

Mas said...

boleh pengsan tengok sambal tempoyak daun kayu ni...
sedapppnya...
pernah makan banyak kali kat kenduri kahwin...
perhh...terbaik.....

Kjee said...

tetiba rasa nak demam bila tengok tayangan perdana terbaru ni. kalau demam tu maknanya kena makan 'ubat' ni untuk kebahkan demam. hehehe

ejaMaria said...

saya bukan org nogori, tapi saya belajar masak sambal ni dgn org nogori... mmg best... makan sambal daun kayu ni dgn nasi panas tambah lauk telur dadar je... cukup dah... sedap!

BlueberrY CheesE said...

huuuu cik mat, kalo bab2 tempoyak ni memang menjilat jari lahhhh. thumbs up! sedapppp!

nazirulhazwan~ said...

Fuh,yg ni den memang x tahan cik mat. Meleleh wei

Ummiakid @ lily said...

Memang pengsan tengok sambal tempoyak daun kayu ni...pernah makan dulu kwn N9 bagi..mmg meletop....

Melur Jelita said...

Wahhhhhhh...dah lama cari resepi ini...terimakasih Cik Mat

naimah said...

assalamualaikum.. :>
hadoii cik mat..merana nengoknya :)

ShashaCatering said...

Sedap, saya suka ni Cik Mat. Selain dari daun2 tu daun apa lagi yang boleh guna untuk masakan ni?
Tq Cik Mat ;)

ShashaCatering said...

Saya nak letak resipi ni kat blog saya boleh cik Mat? saya suka sangat ni ;)

Mat Gebu said...

@shasha - silakann..terima kasih atas kesudian anda tu yeaa..

azila said...

hheheh..en.mat..zla daun2 suma dah ready nak buat.sekaliii p umah mertua, dia p tapaunya kari ayam, sup sayur..adeshh..so kena postpone lg buat. yerla..mulut 2 org jer nak mkn, takut xabis lak..huhuh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.