BEN ASHAARI

Monday, June 6, 2011

RUPA SEAKAN2 TAPI BERBEZA NAMA NYA...

P1280773
Salam pagi Isnin, hujan lagi pagi ni, dingin dan cuaca pun agak nyaman. Pagi ni bonda mat goreng pisang. Orang tanya, mat mana satu yang betul "pisang goreng" ke atau "goreng pisang". Rasa mat "pisang goreng" tu yang betul, kalau "goreng pisang" tu perbuatan, kita nak goreng pisang, dan pisang goreng pulak pisang yang telah siap digoreng....ada mutut kaa?. Cerita pasal pisang ni, yang biasa mat tau, selain pisang nipah, ada lagi pisang yang dipanggil pisang awak dan pisangawak abu. Ada perbezaan rupanya ketiga2 jenis pisang ni rupanya...
  • PISANG NIPAH - Pisang yang biasa kita goreng, cuma kalau dia terlalu masak mala, nanti masa goreng ia akan melengas kerana "madu" pisang tu keluar, arwah mak long S'pore mat pernah pesan, kalau goreng pisang macam tu, jangan belah dua, goreng bulat2 bersalut tepung. Kadang2 ada biji dalam pisang tapi tak berapa banyak.
  • PISANG AWAK - Rupa sama macam pisang nipah, tapi kecik sikit dan sesuai digoreng juga. Kalau nak rebus pun boleh. Ada tu berbiji dan pisang ni kalau digoreng tika ia suah masak mala, pun tak selembik pisang nipah.
  • PISANG AWAK ABU :- Dari segi rupa sama macam pisang nipah dan pisang awak, tapi saiz pisang awak abu agak besar dan hujung pisang sedikit berputing. Ada tu mengandungi biji pisang yang agak banyak di dalam nya. Yang muda boleh dibuat masak lemak. Juga boleh digoreng dan dibuat kueh2 tradisi seperti naga sari seperti pisang nipah dan pisang awak juga..
Resipi pisang goreng tu mat tak payahlah sertakan, sebab anda pun pandai kan goreng pisang, cuma perlu pisang, tepung beras + telur + garam sedikit + air secukupnya, kacau dan panaskan minyak, celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. Makan dengan sambal kicap, untuk sambal kicap pulak, tunbuk cili padi (15-25 biji), dengan 2 ulas bawang putih hingga lumat. Letak gula 2 - 3 camca besar, tumbuk lagi dan curah kicap 3/4 cawan, kacau rata dan hidangkan bersama pisang goreng...

13 comments:

Jemarioren said...

dari kecik sampai la ni payah nau saya nak mengafal jenis2 pisang. tau pisang mas ngan pisang tanduk je, hiks

Kakzakie said...

Sekarang nie tempat kita hujan kan CMG, makan panas-panas memang sedap...

Amie said...

betul tu mat, dahulukan pisang (kata nama) diikuti dengan goreng (kata kerja), sempurnalah tatabahasanya...

AdyBudika said...

pisang goreng bahasa melayu, goreng pisang bahasa inggeris... :D

Miss Ran said...

pandai pcm

mmg betul la tu

goreng pisang perbuatan

ramai slh gune

even kat gerai2 slh...org melayu bertutur bahasa melayu..tp slh menggunakan bhsa melayu...boleh wt entry wakaka

erk ade letak telur? lain resepinye

mas saari said...

kalau kat terengganu disebut gorpis...hehehehee

bersama kak Es said...

baru pandai makan pisang goreng cicah sambal kicap :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya cuma yakin nipah saja..klu tunjuk awak abu ngan awak..sure tak lulus ujian..hehehe.tak kenal sgt .tp kesemuanya kegemaran saya.manis ...

klu saya nak dtg umah CMG watkan naga sari ye..hik3.sedapnyer!!!

aizura said...

skali skale mkn pisang goreng pagi2 mmg layannn... kan abg mat..

Hasanah Muslim Shop said...

Salam MG,
Ingat masa sekolah dulu, cikgu ajar pasal ini. Betullah MG, pisang goreng bukan goreng pisang. TK

Mrs Mohd.
Hasanah Muslim Shop
Taman Teratai.

Lelord said...

uhuhuhu td g Lulu Hypermarket beli pisang tanduk..leh arr wat sambal kicap tp saya suka perah limau

Mat Gebu said...

@ jemarioren - xceli kita sama, lagi lah bila moncol macam2 jenis pisang, pening kan pala..

@ kak zakie - waa, mmg sesuai tu kak, waktu hujan pekena pisang goreng.

@ amie - terima kasih, saya pun tatabahasa tunggang langgang..huhu.

@ ady budika - yeaaa bijak nyaaa...

@ mis ran - haha, part ni aku pandai leer, cuba koo bagi yg lain..hancurrrrr okehh..

@ mas saari - wahh belajar dah satu lagi nama baru, thanks..

@ kak es - waa. besskan kak, kalau kat Johor kira wajib cicah sambal kicap.

@ LM - ehem ehem,ok, eh bila sebut2 nagasari terus mcm nak ter membuat pulak..

@ aizura - yeaa betull

@ hasanah - betul kannnn....

@ lelord - waa pisang tanduk. sedap tu dan mahal kat malaysia...

ShashaCatering said...

Cik Mat,
Saya suka la sambal kicap Cik Mat tu. Saya letak kat blog dan fb saya ya. Boleh kan Cik Mat?

Tq ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.