BEN ASHAARI

Saturday, June 4, 2011

RICH COCOA PUDDING....

P1280752
Salamm...hmm, sebelum masuk tidur, mat share satu resipi, yang ni pun kira ulang tayang sebab dah pernah buat dan buat lagi...dan lagi...dan lagi. Selain senang, ianya juga sedap dan cepat. Anda boleh makan macam tu saja, atau bersama buah2an koktail dalam tin dan susu cair. Resipi asal dari teman blogger masak2, Datin Jun....kenal lama gak ni sejak di MyResipi lagi. Erkk..nak tulis apa lagi eks, huhu..pening pala sudah...macam nak tidur jeee.....Ok apa2 pun semak resipi dulu....jommmm....pstt kalau rajin nanti undi DTS kat sini..okeh, terima kasihh!!..

BAHAN2 PUDDING :-)
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

BAHAN SAMPINGAN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan isi dan jusnya
1 tin susu sejat "Ideal"
Sedikit air gula
Ais kiub, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING :- Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, tapsi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat. Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2. Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK PENYEDIAAN :- Keluarkan pudding, isi dalam bekas sesuai. Sudukan buah2an koktail tadi kemudian tuang sedikit susu cari dan juga sedikit air gula, letak ais kiub jika suka dan hidangkan. Air gula tu kalau nak ganti guna air dari buah2an koktail tu pun ok..Hidangkan sejuk...

4 comments:

Miss Ran said...

jeles!

Budak Botak said...

Adeiiiiiiii, asid perut ni membuak2 tengok gambar. Ha3...

Entry terbaru -> Cara Mudah Dapat Pekerjaan Cara Feilim Mac An Iomaire - 99.99% Berjaya... (",)

bersama kak Es said...

cantiknya acuan LOVE tu cek matt!!

boleh la nak undi dh dihidang puding COCOa Love ni :)

Lysha said...

Wow...already Saturday....fast worker

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.