BEN ASHAARI

Wednesday, June 8, 2011

PILAF KURMA CENDAWAN

P1280824
Salam Rabu semua, dah makan ke semua..ni hari mat sorang's kat rumah..eh ada "s" pulak..haha, jahanam bahasa aku, sebab sorang kan, aku nak buat kerja2 gila nanti. Tadi kan saja nak test satu resipi ni, pilaf kurma cendawan. Pstt..cun kan pinggan putih tu, blogger Ady Budika bagi....terima kasih Ady... Untuk resipi ni, mat letak daging sikit dalam 1 cawan macam tu, guna daging batang pinang. Mat guna cendawan butang dalan tin, kalau dapat yang segar lagi sedap. Guna sedikit saja susu cair, dalam 1/4 cawan macam tu. Tapikan satu yang kurang, huhu, bawang goreng tak de, tak rajin lah nak buat. Nasi ni sedap dimakan bersama acar atau apa2 lauk sampingan, mat hanya makan dengan acar mentah saja. Ok kita semak resipi dia....kalau anda nak buat lebih, sila gandakan resipi dibawah ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
1 1/4 cawan air
1/4 cawan susu sejat IDEAL
5 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 cawan hirisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap 20 minit)
1 helai daun pandan, disimpul
1 pokok kecil daun ketumbar
1 biji tomato, cincang halus
1 biji bawang besar hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar minyak sapi
3/4 camca besar rempah kurma
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Kismis untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaslan minyak sapi, tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan tomato dan rempah kurma, kacau rata dan masukkan daging serta cendawan. Masak sekejap.
  2. Masukkan beras dan gaul rata, goreng beras sekejap dan alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu, tambah garam secukup rasa dan daun pandan, kacau dan masak hingga nasi tanak. Tambah daun ketumbar dan biar nasi masak betul2. Gaul rata dan tabur hirisan daun sup, kismis dan bawang goreng. Hidangkan bersama acar dan lauk2 lain....





13 comments:

Sunah Mohammad said...

lapar sudah... walopun da makan tengahari.. cubalah ada makan petanghari...

Jiji-Fify said...

tolong la saya minta pakcik masak tak sedap sekali. sekali je. sekaliiiiii je!!! :O

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

izahdaut said...

cantik nasi nya...sesuai untuk hidangan tetamu istimewa

KuNanGKuNanG said...

rini sy pose..xtahan la tgk nasi ni..huhu

Mama AA's said...

dah mkn td... tgk nasi ni lapaq blk huhu

gebu's fairy tales said...

terliur sy tgk pix ni..pandai cik mat masakk auummmmm~

Rozita said...

cik mat, hari tu ada lalu sedenak on the way nak gi kulai ingat nak singgah umah cik mat tp segan pulak dan tak tau kat mana...

alamanda said...

sungguh menyelerakan rupenye wahai cik mat. tq for sharing.

~Kirin Selama Perak~ said...

perghh !!!
meleleh air liur !
:D

Misz Ayu said...

oihh sedapnya!,ce nk request abg mat gebu buat roti arab =) cam best je tgk org mkn kt mamak nunn

ShashaCatering said...

Oooo... Nasi pilaff rupanya, sekali tengok gambar ingatkan nasi goreng tadi ;)

azrinna said...

Nasi ni rasa2 dah tak payah berlauk dan bersayur ni!

Fatimah Abdul Rahiman said...

daging tu memang tak payah rebus dulu ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.