NASI GORENG SARDINE.

P1290327
Salam pagi Khamis, Sedenak ni pagi2 dah hujan renyai, tapi buat masa sekarag, matahari dah muncul, boleh lah jemur kain baju. Pagi ni mat goreng nasi campur sardine, tapi mat ambik ikan dia saja. Kalau anda guna sardine dalam tin, mungkin 1 tin sardine saiz paling kecil tu sudah memadai. Macam mat guna sardine buatan sendiri, mat simpan dalam peti sejuk dan ni mat guna 1 ekor ikan sardine tu..kalau nak mencuba buat sardine sendiri boleh tengok entri yang ini.

P1290334
Ni sebenarnya nasi semalam, berbaki dalam 3 cawan, mat simpan dalam peti sejuk, jadi pagi ni kita goreng. Satu perihal nasi goreng ni, ianya kita boleh letak apa saja yang kita rasa sesuai, untuk rencah pun sama, nak guna ikan bilis, udang kering atau sambal belacan semua boleh. Cuma mat nak sarankan kalau nak buat nasi goreng ni, elakkan guna nasi yang agak lembik, nanti nasi goreng akan bergumpal2 dan tidak kelihatan menarik. Oh yeaa.. sebelum tu, bagi mereka yang pernah kena "hina" macam mat kena semalam, anda boleh baca satu entri yang boleh menenangkan perasaan kita di sini... Kita semak resipi pulak...jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3-4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 tin kecil saredine cap ayam, ambik ikannya dan hancurkan
5 batang sweet peas, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia muda, cincang halus (optional)
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar cili kisar
2 biji telur, pukul sedikit
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sardine, halia, cili merah/hijau dan sweet peas, kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur tadi dan biar mengeras sedikit dan kacau hancur, gaul rata dan tambah sedikit sos ikan. Masukkan nasi dan gaul rata. Masak dengan api besar hingga nasi berbau harum. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi sos ikan. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan, boleh juga dimakan bersama ulam petai atau timun...Selamat mencuba..


Post a Comment

17 Comments

  1. kak Es sokmo kebuntuan nak masak.
    canne la Che Mat ni ada jeee idea yang best2 :)

    ReplyDelete
  2. wahh tak pernah bayangkan menu camni...nyam2.sedapnyer!!!suker sardin !

    ReplyDelete
  3. aduh...abe mat gebu nie btul2 wat saya lapar la...meh pos kat sini satu tepen..

    ReplyDelete
  4. adehh...mcm2 idea kuar sini..suka3..nk mintak sepinggan ada lagi Che Mat

    ReplyDelete
  5. mmg sedap..ai pun selalu masak ni che mat..
    http://ibudarwisy.blogspot.com/2011/06/darwisy-join-contest.html

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba yang ni. nanti nak terai. thanks mat.

    ReplyDelete
  7. bang mat.. kek mano resepi nak buek sardin sendiri ni? sey tak jumpo pun.... uwaaaaaa..

    lagi satu.. sapo plak yang hino bang mat? dio kato apo kek bang mat nih?? cerciter.. mano tahukan.. kito samo2 ley tolong wat gulai dio tu...

    ReplyDelete
  8. mat,
    kira banyaklah kalau ada 3 cawan nasi semalam, sbb kalau kita campur itu ini, cukup buat alas pert satu family...kan.

    ReplyDelete
  9. tringat housemate sy dulu..dia wat nasi goreng sardin ni sdp sgt..sy tukang makan je..he3

    ReplyDelete
  10. saya pernah buat ..itupun sebab ada lebihan sambal sardin...memang sedap..tambah telur lagi sedap...

    ReplyDelete
  11. mat, memang best ni..slalu order je kat kedai, today I nak buat la :-) Thanks for the idea.

    ReplyDelete
  12. Saya tak penah rasa nie, selalu tengok je orang makan..nanti boleh try ni..heheh malam tadi saya makan nasi goreng cina muslim...heheheh pandai2 je buat nama mcm tu..heheheh

    ReplyDelete
  13. dah banyak kali buat nasi goreng sardin, tapi tak pernah plak letak halia. boleh try ni, mcm mana lah agaknya rasanya...

    ReplyDelete
  14. aduii..sedap nya cik mat..berselera saya tengok. harus dicuba ni!

    ReplyDelete
  15. Baru cuba resepi ini tadi. Suami dan anak2 semua kata sedap. Saya tambah baby corn dan carrot. Terimakasih di atas resepi nya :).

    Lain kali nak cuba yg lain pula.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.