BEN ASHAARI

Wednesday, June 22, 2011

LEMPENG UBI -KELAPA...WARISAN ORANG MELAYU

P1290307
Sebelum mat masuk tidur, nak share satu lagi entri terakhir. Yang ni kan takde resipi yang tertentu. Main agak2 saja dan rasanya dah banyak kali mat letak kat blog. Lempeng ubi-kelapa ni biasa saja kalau kat kampung2. Bahan mentah semua boleh dapat secara percuma, terutama ubi dan kelapa boleh ambik di kebun. Selalunya lempeng ubi akan dicampur dengan kelapa parut putih sebagai salah satu bahan untuk memberi rasa lemak. Lempeng ini sesuai untuk sarapan atau minun petang. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sambal tumis, kari atau apa sahaja yang anda fikir sesuai...

P1290317
Lempeng ubi sedap dibuat garing sedikit dan kalau ada kerak2 tu lagi sedap, wangi baunya. Mat guna non-stick pan saiz 4 inci. Mat letak sedikit minyak, ratakan dan masak dengan api kecil hingga garing dan terbalikkan. Masak sekejap lagi. Lepas tu boleh lah disantap bersama keluarga. Ok mat selit kah resipi dia di sini, tapi mat agak2 saja nyea....Layannnnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
  2. Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2...

14 comments:

Jemarioren said...

memang tuan tanah ni punyai kerajinan yang melampau

Ida,Japan said...

Che Mat...jgn lah lagi goda imanku dgn ubi kayu ini...sbb lama tak mkn apa2 yg berkaitan dgn ubi kayu..sini mana la ada...montel jer lempeng che Mat ni...mintak jer la sekeping 2

indus said...

kepala otak hang, warisan orang melayu konon. cibai

eila said...

perghhh...sedapnyer nk try buat ler!

Mat Gebu said...

@ jemarioren - huhu tak juga,ada masa tak berapa rajin..

@ ida - mmg montel dan comey...budak2 pun suka agaknya kan kalau bentuk comel2 ni..

@ indus - salam..terima kasih lah atas carutan anda tu. Dapat juga saya pahala percuma...Moga kita sama2 dapat petunjuk dari Allah swt.

@ eila - mudah dan senang buat dia, tapi pastikan ubi dah siap diparut awal2..

Kak Rose said...

mat, esok nak buatla... tu pun kalau rajin. ubi n kelapa ada dah!

nadiem sharmz said...

tengok lempeng ni perot start konsert........lapar sgt2.....esok nk suh umi wat lah..hehhehe

az said...

Bahan2nya tk sampai 5 mcm, tapi nampak menyelerakan!!!

IQBAL ZARIN said...

lempeng, lempeng, lempeng. x jemu dimakan. tetiba rasa nak melempang si indus. hahaha

Sis-Lin said...

ubi pun boleh bt lempenggg ek...bagusssnya ideaaa :)

eqbalzack said...

sangat cantek lempeng MG ni, eq kalau buat dah tak rupa lempeng dah...hehe

Ibu Darwisy said...

wallah..sodap..pan ni yg selalu che mat wat pan cake tu kan?

yasmine danny said...

sedapnye.... makin lapar perut rsenye... ish3~~~ I liKe!!!~~

zhen said...

nak tanya camner u punya lempeng sumernya gebu2, bulat2 sekata dan naik cantik jek ... apa rahsia ..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.