BEN ASHAARI

Tuesday, June 28, 2011

KARI DAGING KURANG PEDAS...

P1290460
Hmmm, apa eks nak letak entri kali ni, mat masak kari daging tadi, untuk anak2 buah mat, kari kurang pedas. Budak2kan, alangkan orang tua pun ada yang tak tahan pedas. Mat guna daging pejal jadi nak cepat, mat masak kari ni dalam periuk tekanan, tapi dalam resipi mat tulis guna daging batang pinang. Kentang antara yang wajib kan kalau kita masak kari, macam satu kemestian, kalau nak campur nangka muda pun sedap juga. Tapi kan kalau anda ada rebung madu, hmmm pun sedap. Kalau perhatikan, kari mat tu nampak berminyak kan, itu cuma lapisan nipis dia. Secara amnya kalau kita memasak apa2 yang perlu ditumis garing, memang memerlukan minyak agak lebih, tapi lepas tu anda boleh cedok keluar, tiada masalah. Ok, walaupun ni kari daging biasa, mat letak lah juga resipi, sebab ini dah memang law dia, ada gambar masak2, ada cerita sudah pasti ada resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji tomato, belah 6
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai dan kari, dilurut

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan..


7 comments:

nelly said...

lapar tetiba !!

naimah said...

best nie kalau dpt layan dgn roti ;>

Alexandriana Alia said...

aaaaaa, sedapnya kari daginggg!

ShashaCatering said...

Walaupun kurang pedas, tapi nampak sedaaap. Cik Mat ni pandai masak betul. Nak sikit ;)

JIJI YU said...

PCM..nak tanye ni
yang buat kari tak gune santan tapi pekat tu camne lak..

ika~~ said...

slalunye sy rebus dlu dging and kntg tu.mls nk tggu dorg empuk.plus nnti kuah pekat.ske kari cair2 :))

slumberdek said...

nampak sedap tapi sayang la.... skrg ngah diet la. harap semua ni tak cukup untuk menggoda slumberdek keh keh keh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.