BEN ASHAARI

Sunday, June 12, 2011

JEMPUT-JEMPUT KUPANG..

P1280957
Salam semua, petang tadi kan saja2 lah menderhaka sikit, saja test try tengok macam mana. Semalam mat beli kupang 4 kilo, jadi pagi tadi rebus dan dah siap ambik isi, bersihkan semua dan simpan. Petang tadi ambik dalam 3/4 cawan try buat cekodok atau jemput2..eh not bad lah sedap, tapi mat campur bahan2 lain sikit lah sebagai penambah perisa. Mat buat kurang lebih 1 1/2 cawan tepung gandum dan mat tambah 1 camca besar mayonnaise....

P1280968
Mat buat ni boleh makan 4 - 5 orang, ikut tahap napsu serakah masing2, kalau time lapar tak hengat, sekejap je habis. Tapi tadi masih berbaki dalam 5 ketul. Kali ni mat try makan dengan sos thousand island, anda boleh cicah sos kegemaran masing, samada sos cili atau sos tomato. Ok lah mat tulis apa yang patut, tak de dah nak cerita...kering dah ni...idea....layannn..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar mayonnaise
Garam secukup rasa
3/4 cawan isi kupang, dibersihkan
1 biji bawang besar, didadu
1/2 cekak pokok kuchai, hiris kasar
1 biji kentang, dadu kecil2
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 cawan + 2 camca besar air
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan2 diatas kecuali sos kegemran, gaul rata, ketepikan. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian, sudukan 1 camca besar adunan ke dalam minyak panas, buat beberapa suduan (mat buat 8 - 10 jemput2, bergantung pada saiz kuali).
  2. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkang dengan sos kegemran dan juga lemon tea atau kopi panas....

7 comments:

Ummi said...

Yuhuuuuuuuuu...Salam dua kupang...!!! Hahahhaa...xpa xda dua kupang, bagi jemput kupang pun ok..asal kenyang kan... Ko makan kenduri sakan eh...hehe

Sunah Mohammad said...

tu diaaaaaaaaaaaa... kupang pulaks jadi cekodok!

Bayu Kenangan said...

kupang kalau buat sambal pun sedap... cokodok kupang tak kurang hebatnya...

ilahjy said...

ahaaa ni air tangan che mat mesti sedap kan ummiii.. pandainya che mat tak terpk pula kak..tadi kak buat cendawan goreng..mkn dgn nasi..

JIJI YU said...

huk alos..makan dopan tibi ni pon sodap ni.tak sedor dah berbijik2

bersama kak Es said...

kupang pun leh jadi cekodokkk!!!

alaaa..terror la CMG nii

Jemarioren said...

bak sekupang!

"ikut tahap napsu serakah masing2" - lawak mod ganaz weyyh :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.