GULAI KETAM.....TERIMA KASIH KAK UMI-E..

P1280712
Salam pagi Jumaat, sebenarnya nie entri malam tadi, tapi mat tak larat nak up kan entri, dalam jam 2 macam tu aku tertidur terus dengan laptop terbukak dan gambar2 yang belum diedit segala, huhh, ngantuk gilerr. Sebagai seorang blogger masak2, mat tak boleh lah up entri macam blogger lain, ada idea saja boleh tulis dan publish. Blog masak2 kerja dia lebih..tapi tak pe, kita berblog ikut naluri dan kecenderungan kita. Terima kasih dari mat yang sudi singgah walapun semalam mat letak entri satu je, tu pun bukan masak2.

Bercerita pasal semalam, mat menerima kunjungan dari sorang blogger yang dah lama mat kenal. Terima kasih kak umi-e, kak teh (kembar beliau) dan adik kak e yang dari Singapura tu, kurang lebih minta halal yea, mat pun semalam kesuntukan masa, jadi masak pun ala kadar saja. Kak E ni mat kenal sejak mat belum ada blog lagi, lebih 6-7 tahun lepas, masa dia duduk London dulu, dan kak e pun kerap kali juga singgah ke rumah..apa2 pun mat ucapkan terima kasih sekali lagi, sebab sudi singgah semalam. Dah baca?..ok, lepas tu undi DTS kat sini pulak yeaa...terima kasihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati (600 gram) ketam bunga (jenis sepit biru)
15 tangkai kacang panjang, kerat pendek2
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyti, disiat
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawng merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci ubi cekur
2 biji cili merah
10-15 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, buang kotoran dan kerat kaki2 kecilnya, sepit ketam diketuk sedikit. Cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai, kacau rata dan masak hingga mendidih dan ketam bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidik, masuk kacang panjang, dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Post a Comment

14 Comments

  1. banyak orang kata gulai ketam sedap, nak cuba, tapi tak leh. nanti gatal satu jasmani dan rohani ;'(

    ReplyDelete
  2. @ yuyu - waaaaaaaaaaa...pcm pun tak berapa nak brapa ketam..huhu

    ReplyDelete
  3. Suka ketam Cik Mat..satu keluarga, tetapi selalunya lepas makan, angin satu badan sampai semput...hehe

    ReplyDelete
  4. Gulai ketam ni, kalau di campur nenas, laaaaagi sedapppp...:-)

    Jom jenguk sini :-
    http://ibundadelight.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ketam - makan suke tapi malas kopek...hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya....slama ni tak pnh tgk msk ketam campur kacang panjang....sll tgk nenas....memasak memang kena kreatif kan???

    ReplyDelete
  7. Suka jugak makan ketam. tapi masak selalu tak jadi...nak try resepi Mat la...

    ReplyDelete
  8. Assalam...sy setuju dgn kamu CMG.. memang blogger masak2 ni byk kerja nk buat sblm update N3 terbaru... blog masakan sy pun jarang di update kerana byk komitmen lain nk di buat tak sama mcm blog personal sy yg satu g tu boleh di tulis apa2aje bila-bila masa.

    Kita berblog mengikut naluri dan kecenderungan kita biarlah lmbat update asalkan gambar masakan tu kita punya sendiri bknnya ciplak hak org lain pasal nk keja senang.

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa.....dulu kakak suka makan, tp sekarang dah tak boleh makan ketam...alergik

    ReplyDelete
  10. ketam masak lemakkkkkkkkkkkkkkk DDDX

    ReplyDelete
  11. Mat, tumpang makan lauk ketam koooo...waaaahh terliuuuurrr... Kak E datang ko idang ketam ni ke...adeeeii jelesss..hehe

    ReplyDelete
  12. waaaaaaaa...tba2 jew jdik lapar haha

    ReplyDelete
  13. haaa yg ni lain dr yg lain...pelik kan ketam masak gulai??? lepas nni aku nk bt ketam masak asam pedas..heheheh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.