GULAI KACANG PANJANG.....PECAH TEMBELANG!!..

P1280688
Selamat petang semua, saja nak share satu masakan atas permintaan. Masakan biasa2 saja. Mat nak habiskan stok kupang dan juga kacang panjang, oh yea kacang tu buka beli, tapi petik kat pokok yang bonda tanam tepi pagar rumah. Hari ni mat masak gulai atau masak lemak, selain ikan goreng dan sambal tumis telur...Aduhh ni nak cerita sikit, kesah "pecah tembelang"..bak kata pepatah melayu, ibarat bangkai kalau ditutup macam mana pun, lambat laun berbau juga. Mat pun malas nak komen apa cuma nak bagi peringatan pada semua, jangan mudah percaya pada teman2 blog atau FB, setakat kita bergurau senda, bertegur sapa, tak bermakna kita sudah mengetahui hati budi mereka...kes blogger menipu ni anda boleh baca di sini....Bukan nak kecoh, cuma anda perlu berhati2 ok...tu saja...Jomm kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
1 1/2 cawan isi kupang,
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
600 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah*
10 biji cili padi hijau*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar, kupang, serai dan santan cair dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah asam gelugor dan juga kacang panjang, kacau rata.
  2. Tuang pati santan dan bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali tambah daun kunyit. Masak sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....

Post a Comment

9 Comments

  1. kacang panjang segar dari ladang tuuuu..

    sedapnya tgk serai mencucuk2 tu.

    kacang potong cenggini memang sedap dan senang nak makan. Kat kedai kalau kacang..macam nak tersangkut kat kerongkong, punyalah panjang nya cara potong yang tak berseni dia huhu

    ReplyDelete
  2. mmm kecohlah....tp pcm punya olahan baguslah....tak menyentuh sensitivi sesapa pun....hu3..

    ReplyDelete
  3. ermmmmmmmmmm... lapar, rasa nak makan orang..

    ReplyDelete
  4. Cik Mat sangat berbudi bahasa...
    Jom makan kacang panjang...

    ReplyDelete
  5. boleh eh mask mcm ni...mcm2 idea boleh dpt kat sini...^^

    ReplyDelete
  6. bkn niat nak aibkan tp untuk kesedaran

    erm sdp

    ReplyDelete
  7. nampak sdp. boleh try masak ni. hehe

    mmg tkejut psl isu hangat harini ni. tak sangka...

    ReplyDelete
  8. Masak lemak, is my favourite.
    Saya suka ni ;)

    ReplyDelete
  9. Salam CMG ... Hani mintak izin copy resepi kupang ni buat reference sendiri.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.