BEN ASHAARI

Friday, June 24, 2011

AKU DI SINI KERANA MU - TIFFINBIRU...

Hmm...entri masak2 tak de malam ni..penat lah, idea pun tak de nak masak apa, yang ada pun cuma yang biasa, ulang tayang..nanti ada pulak yang jemu. Tiffinbiru..hmm tak pernah mat terfikir akan ada blog masak, diisi dengan resipi2 dan juga yang penting masih boleh bertahan hingga kini, syukur alhamdulillah ya Allah atas kurniaan mu ini. Zaman mat berblog dulu amat berbeza, bila anjakan waktu dan masa beredar begitu pantas sehingga sekarang kemeriahan dunia blog semakin bertambah. Orang2 ternama, politik dan juga aristokrat semuanya memilik blog masing2. Pendek kata, zaman sekarang ni bila sebut "blog" dan anda tak tau, hmm sah, anda ketinggalan dalam banyak pekara. Makcik2 kat kampung pun tau dah apa itu blog, jangan pandang mereka tak de mata..

Mat pernah keciwa juga dulu dengan blog, tapi kalau fikir balik, rasa nak tergelak, yelah terlalu ikut emosi dan perasaan, setakat kena carut, mat tak heran sangat, biarlah apa mereka kata sekali pun, kita ada lah kita, apa yang kita buat pada blog selagi berada atas landasan yang betul, ianya tetap mendatangkan faedah pada manusia sejagat. Berblog ni kalau betul caranya, memang mendatangkan faedah berlipat ganda. Tapi ada juga segelintir mereka yang menggunakan medium berblogging sebagai medan menunjuk taring kehebatan masing2. Pada mat itu tidak lah membimbangkan, cuma yang agak menggusarkan bila ada mereka2 yang berpendidikan tinggi, bijak dalam banyak bidang, tapi bila bab menghina blogger yang mereka tak suka, mereka sampai lupa diri, dan tidak dapat berfikir secara manusia terdidik, keluar semua kata2 kesat, maki hamun dan juga kata2 yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Malang kan macam tu...penat je jadi manusia pandai, tapi sebab satu pekara sia-sia, terus jadi manusia "bongok"....

Tiffinbiru....kalau bukan kerana mu, mat tak pasti lagi ada dalam dunia blog ni, tak de Ben Ashaari, tak de Kak Ummi, MamaFami, Ayu, Linn, Sunah dan Ady serta mereka2 yang menjadi kenalan cyber sehingga kami bertentang empat mata. Syukur alhamdulillah....moga tiffinbiru dapat bertahan sehingga ke hujung nyawa ku...Insya Allah...Akhir kata, mat doakan moga anda semua sihat sejahtera, dielakkan dari segala malapetaka dan disentiasa diberkati Allah swt....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU......

21 comments:

Citarasa Rinduan said...

Cik Mat.. teruskan berblog.....
anda sumber inspirasi kami..

ingat lagi komen anda di blog AYU~citarasa rinduan...

bila kita makin dikenali.. maka, kita harus mendiamkan diri..

terima kasih atas nasihatmu
kerana TIFFINBIRU.. hati ini terus terpaut dgn dunia blogging

Rahmah Ram Ram said...

Teruskan berkarya Cik Mat, semestinya blog cik mat gebu tidak rugi untuk dilawati. Resepi2 yang dipaparkan semuanya best2 dan menyelerakan dan sesuai untuk diikuti. SAYA SUKA!!

Tahniah Cik Mat.

Sunah Sakura said...

entri ini sungguh syahdu... T_T

Nieza said...

bukan senang nk puaskan hati semua org kan cik mat, sabar jer lah...btw semoga hidup CMG sentiasa dirahmati Allah selalu..amin.

Iffah Afeefah said...

skong sunah

sedih je bace entry pcm ni

tak ceria ke

JIJI YU said...

pakcit mat..huk aloh n3 ni makan jiwa jugak ni..eheh...

kat atas tu ramlah ram yang nyanyi tu ke..

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

apa la..bro pedulikan apa yang mereka cakap...sebab mereka sebenarnya cemburu dengan blog bro..ni

Nur Alkaf said...

Keep it real MAt gebu. Blog ni mmg terbaik. Hit counter 7juta. Sekali on9 70 org singgah. ;)

NURUL NADIAH MAMAT said...

teruskan berblog....sangat sukakan resepi mskan...hee....

Kak Rose said...

Mat, pedulikan derang tu... ni mesti pasal komen kat lempeng ubi yg sedap tu kan...kak rose pun terkedu bacanya.... mmg susah nak puaskan hati semua orang kan...

Surainee said...

Salam En Mat..sudah lama saya mula mengikuti blog En Mat..pls ignore je apa yang orang kata..yang ptg En Mat byk menolong saya jadi isteri yang rajin nak masak bila tgk makanan kat blog ni..

Surainee said...

Salam En Mat..sudah lama saya mula mengikuti blog En Mat..pls ignore je apa yang orang kata..yang ptg En Mat byk menolong saya jadi isteri yang rajin nak masak bila tgk makanan kat blog ni..

~ raihazi ~ said...

teruskan berblog !!

ShashaCatering said...

Terima kasih di atas coretan yang indah ini.
Selain dari masak2 saya nak cik mat rajin2lah berceloteh camni. Cerita la apa2 yang cik mat rasa patut.
Boleh kan?
Tq Cik Mat, saya doa yang sama untuk cik Mat. Amin ;)

Jemarioren said...

pedulikan kata2 nista. teruskan berblog. dan untuk saya sendiri

Sis-Lin said...

Aduhhh emo pulak bila aku kata2 mu ini CMG...

Kau sumber inspirasi ku..klu ko takde, aku pun xde semangat mau update blog..aku jni dok berlumba2 kejar ko..tp ko lari pantas...jadi ko teruskan larian ko hgga dpt pingat emas ok!

Terima kasih bt 'magkuk tingkat biru'...penyeri dlm dunia blog ko tau x! huhuhuhu

bersama kak Es said...

kenapa rasa syahdu tiba2 di malam sepi ni ...

aDie dALi said...

aaaa so sweet abe mat tgh mlm2 bute ni kannnn
*hugs*

Nannie said...

Asslmlkm Mat,

pagi-pagi baru baca n3 Mat , akak ni antara pembaca setia blog Mat tapi hanya la silence reader je n byk resepi dri blog Mat yg akak cuba , terus je berblog , ramai yg tunggu je n3 baru dari Mat.

Terima kasih byk2 ya Mat tolong akak dan moga Mat berjaya dalam apa jua perkara yg Mat laku kan , amin.

Sya said...

CMG!! Im back to follow youuuu...rindu giler nak meleleh air liur tgk gamba2 masakan cik mat..skrg ni susah btul nak blogwalking...tunggu baby da besar sket la kot..skrg ni ada kesempatan insyaAllah blog CMG adalah fav!!

slumberdek said...

cik mat teruskan dengan menu2 menarik kami menyokong.