BEN ASHAARI

Wednesday, May 11, 2011

TAUGEH KASAR TUMIS BELACAN.....TERIMA KASIH SUNAH..

P1280200
Salam senja semua, huhu, maaf terlewat amat sangat masukkan N3, lagi pun n3 biasa2 saja, lewat pun tak pe kan, sebab masak dia senang, kata orang Johor main cempak2 jee (tapi kan cempak ni lebih gaya cakap orang "muo"). Kali ni mat letak menu apa yang mat masak siang tadi, cuma masakan ringkas.. Oh yea, sebelum tu nak ucap terima kasih pada "Sunah" sebab petang tadi dia bersama rakan sudi singgah ke pondok mat gebu, datang berziarah melihat pak tua ini....terima kasih yea dan minta halal apa yang kurang. Pstt sebelum tengok resipi boleh lah undi DTS di sini....terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram taugeh kasar @ taugeh soya, buang akarnya, cuci dan toskan
1 ekor sotong kembang, cuci, kelar bersilang dan potong pada saiz sederhana
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
1/2 inci belacan, larutkan dalam 2 camca besar air
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicelur 30 saat, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan, sos tiram, belacan, cili hijau dan cili merah serta sotong, kacau rata.
  2. Masuk tauhu, kacau rata. Tambah taugeh dan masak hingga taugeh lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....

10 comments:

Budak Botak said...

he3, nampak sedap, bleh cuba buat kalo terjumpa taugeh besar tue...

Entry terbaru -> Grapevine - Cara Baru Pengiklanan Di Nuffnang & Churpchurp... (",)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mmg best..skrg ni br ada org jual taugeh soya ni kat doha.sedap dan berkhasiat

roslaini saad said...

taugeh kasar ni sedap masak apa tau...masak dengan gulai tempoyak ikan sungai... itu resepi belah mak mertua saya... cubala satu hari...jarang-jarang jumpa dalam mana-mana resepi.

Nazz@Purple said...

ratah begitu saja pon sodap kan..

nurHeart said...

okeh, besok boleh terai.. sume bahan ada ;)

logorithm said...

Lama tak singgah sini. Busy giler ngan kerja.

Ok dah vote. Semoga finish 1-2-3 seiringan ngan BA dan saper ye yang sorang lagik tuh? Ujang masuk tak? Kalau Ujang masuk I rasa dia berpotensi... :-)


Entri terbaru:  Terambik gambar UFO kat KLCC!

Melur Jelita said...

Taugeh masak apa pun sedap

Sunah Mohammad said...

terima kasih pcm...:)

mas saari said...

suka taugeh masak lemak..

pinky said...

taugeh tanam ker?xpernah jumpa yg besar cam tu...hu3

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.