BEN ASHAARI

Monday, May 30, 2011

TAK LARAT NAK MASAK YANG BESS....

P1280616
Salam, penat nak masak, jadi mat buat seringkas yang boleh, semua jenis senang dan cepat dimasak, tak de yang sampai guna bahan aneh2 seperti selalu. Kadang2 nak masak lemak atau yang bersantan ni mat pun dah jemu, mat makan senang siaa, singgang ikan sudah, tapi ada pulak yang tak nak, jadi kena masakkan yang lain pulak. Kalau macam mat masak hari ni, semua sekali makan, senang cerita. Petang ni rasa nak try sesuatu lahh..hehe, kita tengok nanti okehh, kalau jadi..


Mat masak paling simple, tumis air bayam, cendawan dan kacang panjang. Sekejap, tak sampai 10 minit dah siap, bayam tu petik kat tepi rumah, kacang panjang pun sama, cuma cendawan tu beli. Lepas tu abah mat suruh goreng kupang dengan taugeh dan tauhu, huhu, tak pe, semua tu enteng saja, no big deal...sekejap jee settle sudah....


Dann yang ni my feberet..hehe, plan semalam nak bakar ikan pari, tapi kan, tak jadi lah, sebab mat ter nampak ikan cancaru ni. Hmm tu lah kita hanya merancang, Allah jua menentukan, tadi hujan lebat sangat, kensel nak bakar ikan, mat goreng siaaa..Sebenarnya mat kalau bakar ikan, guna api arang...Apa2 pun syukur alhamdulillah semuanya selesai dengan mudah. Oh yea yang sebelah tu sambal air asam campur "budu"..perghh penggsaann okeh...Mat tulis sikit resipi2 ringkas dia, tapi sebelum tu, sudi lah vote DTS kat sini....Terima kasihh..

SAYUR TUMIS AIR :-)

BAHAN -BAHANNYA :-)
4 pokok sayur bayam merah, disiang
5 kuntum cendawan tiram, hiris
8 tangkai kacang panjang
800 ml air
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
1 kiun pati ikan bilis "MAGGI"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Tambah air dan masukkan kiub ikan bilis, bila mendidih tambah kacang panjang. biar masak sekejap.
  2. Masukkan bayam dan cendawan tiram, kacau rata dan perasankan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas.

TAUGEH GORENG DENGAN KUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugfeh, cuci dan tosk dan buang ekornya
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng
1 cawan isi kupang
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijqu, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan kupang, sos tiram dan juga tauhu, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan hirisan cili hijau dan merah serta taugeh, masak dengan api besar dan kacau pantas. Renjiskan dengan sos ikan secukup rasa. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera...

16 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sgt jeles tgk ada bayam tu CMG...rindu nak mkn bayam.sayur msk air ngan ikan jaket goreng..ada salmbal pulak.perghhhhhhh..mskkan tuk saya plizzzzzzzzzzzz

Sunah Mohammad said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... tembikai tu je pun da wat terliuqqqq!!!

Sari Yusa Ibrahim said...

kita dah pengsan dua kali ni CM, yg ni makan dua pinggan pun tak cukup.. huhu

Aku Ibu Muda said...

simple2 ni pon dah telan air liur...gulpp

Mutiara Bernilai said...

aduhhhhhhhhhhh..perut ku terseksa mlihat pic ni ..sob2

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

air asam + budu tu yg buat ngencesss...

AI said...

wahhh...ni kire dah best lah ni...

Ija Zambry said...

pensannnn seploh kali pon tak dapat tahannnnn. bilee la nak belajor masak simple yang best2 cenggini tsk.

Mas said...

masakan ala kampung gini yang buat nasi bertambah2 tu....
sedapppnya...
mas suka....

Cik Puan Izan❤ said...

masak lengkap mcm tu kata simple...che mat mmg hebatt...^^

Rozita said...

sedapnya bayam tu...

Encik Amman said...

masakan ni simple je.. tapi kalau pekena pon leh trauma gak la.. lauk2 yg best :D

Bayu Kenangan said...

walau pun ringkas tetap berselera.... menu yang lengkap dengan piramid makanan...

chE's dAughtEr said...

beznya, huhu

ShashaCatering said...

Walaupun simple tapi sedap ni?
Air asam campur budu tu camner Cik Mat buat? Tentu sedap ni ;)

roslianna naim said...

salam mat...memang menyelerakan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.