SAYUR KAMPUNG PENAMBAT SELERA...

P1280020
Salam semua....N3 ringkas je, lauk2 kampung, sayur2 biasa yang terdapat kat sekitar rumah atau kebun. Kebiasaannya, abah mat dia memang suka makan pucuk ubi rebus colek dengan sambal kacang. Sambal kacang ni bukan jenis masak macam kuah kacang untuk sate tu, tapi cuma kacang tumbuk dicampur dengan petis, air asam jawa, cili kisar, bawang putih tumbuk, garam dan gula..sesuaikan rasa dan boleh hidangkan bersama pucuk ubi rebus... dan satu lagi yang mat suka..tapi dah berpuluh kali gak tayang....

P1280044
Ni dia, urap daun turi. Ada pelbagai jenis sayur2 yang boleh dibuat urap, antaranya, pegaga, pucuk paku perak, pucuk ubi + taugeh, daun beremi, ulam raja, selom dan banyak lagi. Ni kira ala2 salad orang puteh, tapi melayu kita nya versi. Bahan asas selalunya ada kelapa parut putih dan rencah2 lain bagi menaik kan rasa dia...Ok mat tulis resipi dia juga, walaupun ulang tayang...Jomm..

SAMBAL KACANG & PUCUK UBI REBUS :-)
Pucuk ubi secukupnya, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 1/2 cawan kacang tanah yang siap digoreng, kisar tapi jangan terlalu halus
2 camca besar cili kisar
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar petis @ otak udang
Air masak secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi tadi direbus dalam air yang dicampur sedikit garam dan beberapa titik minyak masak, hingga pucuk ubi lembut. Toskan.
  2. Dalam satu bekas, satukan kacang tanah, cili kisar, bawang putih, jus asam jawa, petis dan sedikit air. Kacau rata dan jika pekat tambah air lagi, tapi jangan terlalu cair. Masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam, kacau rata2 dan hidangkan bersama pucuk ubi rebus.

URAP PUCUK TURI

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi yang muda bersama bunga2nya sekali
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang muda sikit
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi ubi cekur*
1/3 inci kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi merah*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun dan bunga turi dari batangnya, cuci, toskan dan ramas sedikit. Letak dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Gaul bahan tumbuk lumat bersama kelapa parut, tambah garam dan gula secukup rasa (jika sesiapa nak guna serbuk perasa pun boleh). Kemudian, gaulkan dengan daun turi tadi rata2.
  3. Panaskan kuali, masukkan no. 2 tadi dan goreng tanpa minyakl hingga daun turi lembut, angkat dan boleh dihidangkan sebagai pembuka selera. Jika tak habis, simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan ianya basi..

Post a Comment

12 Comments

  1. sya telan air liur je tgok pic tu.. adey~

    ReplyDelete
  2. SaLaM aBG MaT..

    BeTuL2 MeNaMBaT SeLeRa... YuMMy!!!~ TaPi SaLu MaSaK LeMaK PuTiH Lau SaYuR Ni... YuMMy!!!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  3. bila tengok gambar tu rasa nak balik kampung sekarang juga nak suruh mak buat pecal..

    ReplyDelete
  4. salam abg mat..sedapnye urap daun turi.. lama x makan ni... lap2 mulut ;p

    ReplyDelete
  5. terliur tgk sayur kampung camni..

    ReplyDelete
  6. suke betul layan ulam2 sayur gini .. yum yum ..

    ReplyDelete
  7. daun turi tu kat kedah orang panggil pucuk geti...mmg sedap

    ReplyDelete
  8. En.matt..ssmbal tu ader lebih lg x?nak sket..mkn dulu sblm nak korek rahsia dr big bos nehhhh..kalo xjln gak..br kuar kan ayat senjata td..heheh

    ReplyDelete
  9. Saya suka urap daun turi tu. Nampak sedap jer. Boleh saya letak resipi ni kat blog saya?

    Terima kasih Cik Mat ;)

    ReplyDelete
  10. i like, orang Johor memang cakap urap...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.