BEN ASHAARI

Tuesday, May 17, 2011

SANDWICH KAYA RAYA..

P1280288
Salam semua, selamat berjumpa kembali..lewat sikit masuk entri sarapan sebab mat menonton siri Dapur Nyonya tadi. Ok ni cuma nak share sarapan ringkas pagi tadi tapi memang kaya raya lah senang cakap. Tak bagi resipi pun takpe, tapi dah wajib lah ada entri masak2, ada gambar lawaa (kononnnn lahhhh.....) mesti ada resipi dia..kann. Buat dia senang, tapi pada mat ia satu sarapan yang lengkap, ada protein, fiber, vitamin A, dan pelbagai lagi lah. Apa2 pun anda semua jangan lupa undi DTS di sini....terima kasihh yeaa....Ok jom tengok resipi pulak, yang ini untuk seorang makan..

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 keping roti sandwich berserat tinggi (ada sekam)
1 biji telur
1 keping chicken meat loaf
4 keping hirisan tomato
4 keping hirisan timun
4 keping hirisan nipis bawang
2 helai daun salad (mat guna butterhead)
Sos kegemaran (mat guna thousand island)
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau dengan menggunakan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung. Kemudian salai sekejap chicken mat loaf dalam non-stick pan yang disapu sedikit minyak, salai pada kedua2 bahagian meat loaf tadi. Ketepikan.
  2. Ambil sekeping roti, susun salad, kemudian chicken meat loaf, tomatao, bawang, timun, hirisan bawang, telur dan akhir sekali paipkan sos kegemaran.
  3. Tabur dengan sedikit serbuk lada hitam. Letak baki roti, tekan sedikit, kerat 2 dan boleh hidangkan...kopi atau teh jangan lupa....

15 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

mak aihhhh...kompem kenyang sampai ptg nih^^

bersama kak Es said...

membumbun ...tgk pun dah kenyang CMG :)

OKED chokelat said...

enak dimakan begitu sajaaaaa....yam3

zaitun @ kak tun said...

amboi sedapnye CMG...eheh perasan x no sebelah tuh 8008...cantik naa!

NuR si CiKGu RiBeNa said...

uih..
sedapnya..

Nora Shahaira said...

bila blogger masak memasak, nama rujukan mesti cmg. sy simpan dlm bloglist...tp br sekrg cuba beranikan diri nk masuk tgok. bukan nk berlagak sombong...nanti bila da tertarik jiwa meronta nak cuba...aaaarghhhh......saya suka makan...

CT Delima said...

As'salam Mat.. memang kaya lah sape yang makan ni Mat.. hihi. penuh, padat kat roti tu kalau makan sampai petang tak jamah nasi lah gaya nya tuuuu :D

yatie Awang said...

untuk breakfast ni, sedap berkhasiat

Jiji-Fify said...

perghhhhhhhhhh nama sandwich tu sendiri dah menggambarkan kelazatannya!!! :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Bayu Kenangan said...

utk diet elok ni...

faz said...

mat gebu, ko jadi tukang masak aku la, mesti ari2 aku makan sedap,hehehe

Kakzakie said...

CMG buat sandwich pun jadi ikutan. Nampak gambar pun menyelerakan...

FaraLavida said...

ohmgeeeeeeeee. teliur sudeyh.. huu

mas saari said...

laparrrrrrrrrr tgk ni!

aida-myasara said...

Assallammualaikum..
CMG..kalau tak salai chicken loaf tu leh tak?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.