BEN ASHAARI

Friday, May 6, 2011

MASAKAN EXPRESS DI HARI JUMAAT...

P1280053
Assalammualaikum, terlebih dahulu mat mohon maaf, patutnya ni n3 jam 2.30 tadi tapi kan tenet mengong, mat dan set auto post, rupanya kan line tak de nkoo..aku nya frust. Lepas Jumaat tadi pi pulak beli barang2 dapur sekejap. Bi;a dah sampai tu jadi lah tak berapa nak kejap. Kadangkan mat terfikir juga, membeli barang dapur ni perlu cermat kan terutama dari segi pemilihan barang. Ok berbalik pada N3 hari ni, ianya masakan ekspress sebab kan hari Jumaat, jadi kena masak cepat sikit..Kita tengok menu hari Jumaat yang serba ringkas dan paling utama, its a typical kampung delicacies...very authentic okehh!!...


Paling mudah, simple dan kena makan cepat, sudah pasti sayur taugeh, mat tumis dengan udang dan cendawan, letak juga sedikit sos tiram, yang ni kena masak pantas dan dihidangkan segera, Sebelah tu pulak ialah pucuk "bebuas", celur sedikit dalam air bergaram, toskan dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau sambal air asam budu...kegemaran mat, ben pun suka ulam nihh...rasa dia kan ada pahit2 lemak..


Dann mat goreng juga ikan kembong, tapi guna kunyit basah yang ditumbuk dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit garam kasar, lumur pada ikan dan perap sekejap. Goreng hingga kuning keemasan, tapi jangan garing sangat, kasi isi dia lembap2 sikit, yang tu terpulang lah yea pada selera masing. Bila dah ada masak2 kampung yang bersantan, kenalah ada sambal belacan. Mat guba cili padi dan cili merah, serta belacan yang dibakar. Tumbuk hingga halus, letak secubit gula. Bila nak makan, perah jus limau kasturi....hmmm


Hmmmm, sebab ini lah mat buat yang atas2 tu semua, mat masak lemak labu manis dengan kacanng panjang..mengikut tertib kita orang2 melayu, kalau dah ada masak lemak labu, kenalah ada sambal belacan dan juga ikan masin @ ikan goreng. Kira depa ni sedara 3 serangkai. Jadi itu lah saja N3 kali ni, insya allah, kalau mat ada masa, malam nanti mat letak satu lagi yeaa..huhu, time soo ketat lah today..sesak nafas ku ini...apa2 pun N3 kali ni takde resipi mat sertakan, tapi boleh lah cari di blog DTS ini yeaa..Salam sayang dari DTS-MAT GEBU.....

22 comments:

kakchik@ella said...

pucuk bebuas tu apa ehhh? tak nah jumpa pun. cik mat .. walopun ringkas, tetap menawan.

Jamie said...

teliur lak rasa ptg2 gni...spdnya :))

Mas said...

perrrhhhh...sedapppnya...

Jamie said...

dari pokok bebuas ek? cmne ek rupenye...teruknya sy ni xtau..hehe

budak kampung said...

hari ni mak masak
masak lemak pucuk ubi plus sambal belacan

nyum2...hehe

lemongrass said...

Cik Mat!!!!!
sangat2 menggoda sungguh masakan kampung ini.
Jom lah Cik Mat datang rumah I. I bawak you jalan2 kat Perth, you masak2 utk I lepas tu. Aci tak? :-D

RaraPuing said...

sodap betui bro ,haaaip ni kena try esok ni nak hidang kat mak ayah hehehe

CutieIntan said...

ya allah kecurnya air liur tengok makanan tu...bestnya!!! kalau la mat geu ni jiran i..i sanggup laa ketuk buat muka tak malu hahahahaha....

~...AmALinA....~ said...

ringkas pon macam best je~~ aduhhh sambal belacannn~~ melelehhh.. nak jugakk T_T

nur easy said...

sedap nampaknya lemak labu tu..;)

kHaiRunNisSa iRnA said...

hehehe sian en.suami....dia skrg tgh btungkus lumus nak membina 6 pack abs nye.....pastu kasi tunjuk mat pnye menu arini...telan air liur la die...ehehehe

Citarasa Rinduan said...

sangat menyelerakan..

nyami

ida @ 1001resepi said...

salam mat,
meleleh ayaq lioq kakida tengok hidangan mat ni...terutama ulam dan sambal belacan tu...

kakida baru perasan mat dah tukar address blog mat ni...macam berjanji pulak kita ya...sebenarnya kkida pun teringat nak tukar semalam...tapi tulah...hati ni gundah gulana semalam...jadi hari ni baru buat...

apa-apa pun, tahniah kakida ucapkan kepada mat gebu...top food bloggers...

Sunah Mohammad said...

pcm~ nak labu manissss!!! T___T

faz said...

expres tapi tetap menarik

d.e.e.n.a.YAYA said...

serius teliuq...
suke makan 3 serangkai nie...
lagi2 bile sambal belacan pedas..perghhh..nyum.nyum.

MamaIeta said...

Memang menyelerakanlah. selera kampung gitu! nak sikit?

geraugebang said...

kalaulah,,,akak jadi anak mat atau mak mat, mesti hari-harii pengsan makan...

Sis-Lin said...

uiiiiiiiiiii....sekali exporesssss berterabur keluar....
aku mmg tak leh tahan le dgn sambal belacan ko tu..adeiiiiiiiiiii

m!ssQ said...

ni mskan express?? mskan express sy maggi in my mind jer...wohahaa

intan said...

Sedapnya nampak masakan 'simple' Che Mat! Nak mintak tips untuk sambal belacan tu boleh? kenapa sambal belacan saya berair tak macam Che Mat buat? tengkiu CheMat :)

peparidsign said...

dah lama follow mat nya blog, baru ni rasa nak leave comment.. gandingan menu kali ni memang peberet saya.. betul cakap mat, kalau makan kuah lemak mesti kena lengkap gandingannya.. kalau tak sambal belacan and ikan goreng.. ikan kering pun sodapp.. lagi satu gandingan yg saya suka.. tempe goreng dgn sambal kicap.. iskkkk terliur sungguh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.