BEN ASHAARI

Friday, May 20, 2011

CEKODOK UDANG.....SARAPAN PAGI INI,

P1280359
Salam pagi Jumaat yang barakah. Masa cepat berlalu, semalam telah tinggal kenangan manis dan segalanya, terima kasih yang memberi kata2 semangat. Malam tadi mat tiba2 rasa tak bes, ketat dan geram, hmm, tatau lah kenapa kan, perasaan manusia ni ada kala berubah serta merta tanpa sebab, satu mat tak suka pada diri ini, ialah bila mat tertidur sekejap dalam masa yang tak sepatutnya, nanti mood akan berubah mendadak, nak marah, cepat panas, dan masa tu kalau orang gurau2 yang biasa pun mat akan hangin...hmmm susah, tu pasal mat elakkan tidur siang walau pun ada kala mengantuk tak hengat..sabar jee lahh. Ok kita bercerita pasal sarapan pagi Jumaat ni, beberapa hari lepas teringin nak makan cekodok udang, hari ni pagi2 mat buat...waahh puas hati denn..

P1280362
Mat guna udang kecik, tu pasal tak kelihatan sangat, kalau udang saiz besar sikit, memang terserlah lah kan ke udang annya. Tapi, abah mat dia gemar udang kecil2, manis katanya. Kalau ikut kan tak payah letak entri ni pun tak pe, alah, setakat cekodok atau jemput2, sapa lah yang tatau buat..betul tak. Tak pe lah mat letak ni juga sebagai panduan orang2 muda yang baru berjinak2nak ke dapur....Pstt sambil2 sarapan tu jangan lupa undi mat kat sini, dah terlanjur tu undi juga jiran mat kat sini...Okeh..terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 3/4 - 2 cawan air (agak-agak yea)
1 cawan isi udang
1 biji bawang besar hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Sos untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 di atas kecuali air dan sos pencicah. Gaul rata dan masukkan air, gaul rata dan jika perlu tambah lagi hingga mendapat adunan yang tidak terlalu keras atau cair. Rehatkan sebentar...
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan kan bancuhan ke dalam minyak tadi dan goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat hingga habis. Hidangkan panas bersama sos kegemaran, untuk sarapan atau minum petang.....

11 comments:

CT Delima said...

As'salam CMG... kenapa pagi2 nak ketat mat. bawak sabar banyak2 eh.

menu pagi ni mengingatkan balik kejadian 3 hari lepas. dok mengoreng jemput2 ikan bilis terus ada yang meletup 2-3 biji..hahaha. nasib baik k.ct ko ni handal menepis. kalau tak kompom bertanda muka ni..nasib baik.. hehehe

yatie Awang said...

aduh...baru je lepas masak cekodok bilis, anak2 tengah makan tu...

..gugu.. said...

aduhai lapo ni...

den mkn roti butterscotch je bekpes td ;(

Sunah Mohammad said...

ala pcmmmm.......marah dengan saya keee? >_<

kakchik@ella said...

serius terliur. hihi

Myra ^^ said...

sedapnyeeee~

Kakzakie said...

Sedap memang sedap tapi cholesterol tinggi tau CMG...

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

pagi2 dah ketat che mat...bawak2 bersabar yer... apapun cekodok buat saya lapar...

azian said...

cik mat...
sy cadangkan cik mat g beli dulu waffle maker tu, ubatkan hati yg tgh berduka lara ye...kompom cik mat ceria pas tu...heheheh

p/s dtg cari resipi....

aDie dALi said...

abe mat sape kt resipe nih xberguna.. i dh lama tunggu posting yg mcm ni taw.. sbb i nk try wat tp xreti

tq4 sharing ye

btw i dh vote u kt digi award tu1 hrp2 u menanggggggggggggggg

AAMINNNNNNNNNNNNNNNNNnnnnnn

Yatie said...

kalau dah namanya cekodok, mmng best...tak kira pagi, petang atau malam...kalau nak makan terus buat jek...lagi2 musim ujan skrng ni..sedap makan cekodok panas2...

Mat nak ceria pergi shoppinglah...ekekeke...tak pun mailah UTM...