BEN ASHAARI

Thursday, May 19, 2011

BROKOLI SOS TIRAM.....AL - FATIHAH.

P1280330
Salam petang semua, selamat berjumpa kembali. Petang sikit baru dapat masukkan entri, tadi ada beberapa hal yang harus mat bereskan. Sebelum kita bercerita pasal resipi, al-fatihah pada arwah Abdul Hakim bin Mohd Kamal pemilik blog "telurdibasuh" yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Moga Allah mengamponkan dosa2nya dan rohnya dicucuri rahmat...aminn sumber dari Ben Ashaari. Ok kita berbalik pada resipi hari ni, mat blurr tadi, lepas tu masa chat dgn Puan Azila, saja tanya dia any idea dengan brokoli, Azila kata, kalau dia masak dengan sos tiram....waaaaaaaaaa..nice juga kan, so mat pun on lah, cuma macam biasa aku derhara sikit...apa2 pun terima kasih beri idea...Jomm kita semak resipi...ehhh kejap2..jangan lupa vote DTS-MAT GEBU di sini.... Terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram brokoli, dikerat sekuntum2, cuci dan toskan
Sedikit minyak makan
2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh kicap pekat
Sedikit udang segar
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar red capsicum yang telah didadu
1 camca besar green red cupsicum yang telah didadu
1 camca besar yellow capsicum yang telah didadu
Secubit gula
Sedikit serbuk lada hitam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak masak, celur brokoli tadi hingga lembut tapi masih rangup, toskan dan susun dalam bekas sesuai...Ketepikan..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, red, green dan yellow capsicum, sos tiram dan kicap pekat hingga harum. Tuang air dan biar mendidih, masukkan udang, tambah secubit gula dan serbuk lada hitam.
  3. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas brokoli tadi, ratakan dan hidang segera....hmm i likee okehh..

9 comments:

kakcik said...

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para Solehin. Amin.

p/s : Kakcik dengar suara CMG di Era pagi tadi (saja tunggu nak dengar selepas CMG bagitahu di sini)

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

al-fatihah buat arwah abdul hakim.. ade n3 psl PCM kat belog saye..lau ade mase meh singgah
http://ibudarwisy.blogspot.com/2011/05/dapur-tanpa-sempadan-kat-radio-era.html

kakchik@ella said...

Cik mat, kakchik sedih sgt. Arwah selalu dtg brtanya kabar di belog kakchik. Arwah jugak penah tanya bila kita boleh jumpa? Tak sempat kakchik tunaikan hasrat dia, dia dah tak ada. AlFatihah buat arwah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Solihin Zubir said...

;epas ni kalau mkn telor, mesti teringat kt blog arwah..

hhmmm.. AL-FATIHAH...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Al-Fatihah buat allayarham.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan para anbiya.. amin...

mat.. dapat jugak akak dengar suara cik mat dlm radio era pagi tadi... hehehe.. pasang betul2 kul 9 pagi.. ingatkan dah terlepas sebab tunggu2 takde lagi dah dekat nak kul 10... rupanya belum diinterbiu lagi.. nasib ada radio kecik member kat ofis ni dapatlah pinjam jap..

mynameismy said...

Alfatihah~

Mas said...

al-fatihah buat arwah abdul hakim.....

azila said...

Al-fatihah utk arwah..en.mat, lawa sgtla sayur ni..hehhe

ejaescobart said...

semoga rohnya diletakkan bersama orang yang beriman.. aminn..


cik Mat, tak sempat la tadi nak dengar... sibuk kempen antidadah kat sekolah.. err.. ada ulangan tak? ke kat u-tiub ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.