BEN ASHAARI

Sunday, May 15, 2011

ASAM REBUS TERUNG TELUNJUK

P1280267
Lauk berprofile rendah, asam rebus yang kurang kolestrol, kurang lemak dan kurang segala2nya lah..Bila nampak lauk2 macam ni mesti kata "alaaa..." kan, hmm ini lauk orang2 tua, macam mat ni haa...Terung telunjuk tu petik kat pokok belakang rumah, bonda pun syorkan masak asam rebus dengan ikan masin pari. Ikan masin tu mat rendam 1 jam lebih awal, tau saja lah ikan masin ni, kalau tak rendam, lama2 kuah masakan kita jadi masin, tu tak letak garam. Selalunya asam rebus, mat suka yang pedas sedikit, boleh campur cili padi dalam kuah dia. Ok, kalau anda sudi nak lihat resipi silakan...tiada paksaan yea...mat letak kat blog, apa yang mat masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji terung telunjuk, belah 2 tapi tak putus untuk setiap satu, rendam
3 tangkai kacang panjang, dikerat2
2 keping ikan pari masin, kerat kecil dan rendam 1 jam
2 heai daun kunyit
Air secukupnya
1 keping asam gelugor
Secubit gula
1 biji cili merah*
15 biji cili padi merah thai*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
Sedikit belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, air secukupnya dan juga asam gelugor. Jerang hingga mendidih. Masukkan ikan masin (toskan) dan biar masak sekejap.
  2. Masukkan terung telunjuk (toskan), kacang panjang dan daun kunyit. Tambah sedikit gula dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tambah sedikit garam jika perlu. Hidangkan panas...

7 comments:

Mas said...

dapat hirup kuah asam rebus tu memang tak ingat dunia....
sedappnya....

ShashaCatering said...

Wah, asam rebus. Best! Saya suka, saya suka.

Tapi kan terung telunjuk tu camner ek? ;)

CT NoArIzAh ArIs said...

Menyelerakan betul..sy pun tak pernah gak masak menu ni nanti nak wat gak sesekali bertukar selera ke asam rebus tentu lebih membuka selera.

Mat Gebu said...

Betul2..mat pun suka lauk2 macam ni, terung telunjuk kalau tak de, ganti dengan terung biasa jee..

azila said...

resepi kali ni nampaknya cam boleh n
dimakan musim ni..hehhe

Liza said...

salam, che mat
asam rebus ni mmg all time fev. saya sekeluarga dan rasa teruja klu ada resepi mcm ni ada kat blog yg popular mcm dts ni. thanks for sharing ya :)

Ainul Hayat said...

Teringin nak makan & buat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.