BEN ASHAARI

Saturday, May 14, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARANG....GAYA JOHOR.

P1280235
Salamm, hmm tau dah nak kata resipi ulang tayang kan...memang betull lahhh beb!, tak salah, begitu lah, apa nak buat, kita memasak ikut perintah orang atasan, jadi mana boleh bantah sangat, apa depa nak makan kita masak jee lah, walau pun mat gebu bagi cadangan benda lain, tapi tetap juga dengan pendirian mereka...tiada alasan dah, masak saja. Orang Johor selalunya asam pedas meraka nampak ringkas saja, tapi mereka pentingkan bahan2 segar. Rasa mat negeri lain mungkin jarang asam pedas mereka dicampur dengan nenas atau sawi jeruk. Dunia masakan ni luas, apa salah kita ambil tau serba sedikit masakan negeri lain...betul tak, ok dah siap baca...jomm undi pulak kat sini......minggu depan mat ada berita panasss pasal DTS-MAT GEBU....tungguuuu........

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping ikan parang segar, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas sarawak, hiris sederhana tebal
3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 genggam daun kesom (tak letak..)
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan secubit garam dan tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidh.
  2. Masukkan ikan, nenas dan juga bunga kantan/daun kesom, kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Link

3 comments:

anymz said...

asam pedas dari ng johor memang jadi feveret akak sejak dari zaman anak dara dulu..sedap tau asam pedas dari ng johor ni..ada pulak ikan sepat masin...aduuuuh..terangkat sehhhhh.dah dtg sini iukt gaya org johor le kan mat?..

mas saari said...

tak pernah pun makan ikan parang...
tapi asam pedas mmg favourite!

maszull said...

slm wahai pemilik...

http:// maszull.blogspot.com

mama mohon nak share gambar dari blog dapur tanpa sempadan ni yer sbb mama nak masuk segmen En.Ben...bestnya asam pedas ni kerana ia adalah faveret mama selama ni...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.