BEN ASHAARI

Sunday, May 8, 2011

APAM PISANG.....MAT CEPAT "PANAS" ?

P1280099
Salam malam, tak de mood nak bercerita panjang, kadang2 mat sendiri pun rasa tak faham, mood cepat berubah sekarang ni, tu hari tiba2 tekanan darah naik, patut lah aku cepat panas, pantang ada pekara yang aku tak suka, mula nak berlarutan panas dia. Astagfirullahh...moga Allah memberi kekuatan dan petunjuk pada seorang manusia yang banyak dosa macam aku ni...hmmm...selesai sudah benda yang tersekat diperasaan mat, sekarang kita cerita pulak pasal n3 masak2 kali ni. Teringin nak makan apam pisang, tapi kan dalam ketat2 ni tiba2 mat rasa kesiannnyaa kat Ady Budika, huhu, dia suka apam pisang, takpe ady, nanti koo dah ada pengukus, boleh buat....


Apam ni mat buat petang tadi, masa YM dengan Sunah, mat teragak pulak nak makan apam pisang, jadi bahan2 pun ada, projek pun on lah. Mat sekarang kalau buat kueh2 kukus guna pengukus elekrtik..Terima kasih mat pada "Chef Asma". Memang senang digunakan, lepas tu nampak kemas dan comel. Kalau anda berminat nak beli boleh ke blog Chef Asma di sini... Memang berbaloi sangat2...Ok jom semak resipi pulak...pstt jangan lupa kalau boring2 tu sila lah vote DTS-MAT GEBU di sini.... Terima kasihh... (^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...

11 comments:

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

haizz..naper la suma makanan yang Mat Gebu masak nampak sedap je..hehe boleh share?

Yatie said...

terliur je tngk apam pisang ni..akak mmng suka kuih2 mcm ni..ingat nak beli gaklah pengukus letrik tu...mudahkan..

mas saari said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaa... sedapnya!
teringat apam yg arwah mak Mas buat..

Citarasa Rinduan said...

mat..
panas dalam bahaya..
panas luor kita belasah aiskrim jer..


wah.............
nyami..menyelerakan

Pika pongpong said...

che mat, kalo size apam che mat ni,
dgn resepi agak2
dapat brapa bnyak ea che mat?

tq che mat!
:)

Bayu Kenangan said...

best! tabur colat rice sedap ni...

Diana @ Melley Mey said...

nampak sedap ler apam pisang tu CMG... nak try nnt juga... ;)

Izamir Ridzwan said...

perghh apam pisang.... nakkk

dapur aku, dapur bujang said...

mat.. setkat ni ok ke pakai steamer jenama tu? LL dh lama nk beli tp kat labuan nih restricted, apa komen mat pasal steamer tuh..loyang besar mana blh masuk mat..LL suka buat kek kukus. thanks klu sudi jwb.

It's my life said...

Salam

Semalam saya try buat resepi apam ni -- menjadi!!! gebus, lembut, sedap dan segala sewaktu dgn nya.

Terimakasih atas kesudian perkongsian resepi.

DARSITA

CiKaYu said...

salam,

saya copy resipi yea. dan saya dah cuba buat. sangatlah gebu dan sedap.

tq.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.