BEN ASHAARI

Monday, April 18, 2011

SUP RAMPAI PETOLA MANIS..

P1270607_picnik
Salam senja...Buat apa tuuu..dah tutup tingkap semua. senja ni mat share satu resipi ringan, kira ala2 sup atau tumis air...panas2 macam ni kan elok makan yang berkuah, hirup2 macam tu. Panas lahh cuaca, tadi pagi tak jadi hujan. Bila sebut panas ni teringat Ben Ashaari kata pagi tadi kat YM, dia kata mat sekarang mudah "panas"...mmm kann...mat sendiri pun tatau nak kata macam mana. Bila ada satu isu2 yang "macam" sensitif....mat akan teringat2..terlaly ikut perasaan kan..dah tua, macam tu lah..tu pun puas beristighfar banyak..siap kata "sabar mat gebu"..huhu.. Ok lah jom kita semak resipi mudah ni, cuma tumis air saja. Semua orang boleh masak kan...tak pe mat letak juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis, kupas kulit dan cuci dan hiris sederhana tebal
6 keping cendawan tiram, potong jika saiz besar
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
Air secukupnya
Garam dan secubit gula (@serbuk perasa)
Serbuk lada hitam secukupnya
1 batang leek. dibersihkan dan kerat2
5 biji bawang merah, hiris
4 biji bawang putih, diketuk
Hirisan daun sup untuk hiasan (mat guna kuchai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, leek dan putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan petola, cendawan dan soo hoon, masak hingga soo hoon lembut. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula @ serbuk perasa. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ikan masin dan sambal belacan..

15 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG.. wah nie fav i nie.. sedap!! terliur tgk gambar tu tau... :)

Miss Ran said...

knp ramapai?

pcm berlakon dlm sgmen..haha jgn tak tahu=P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

as salam..cendawan dan petola kegemaran saya..hihi..sedap ni CMG,ada lak ikan kering.sayur petola ni sejuk.so..jgn marah2 yek CMG...cool!

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

rampai sbb dia bnyak syr di dalam tu kan pkcik mat ehehe..eh ye ke? ;)

mcm ni lah said...

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam 1Malaysia,..
kalo nk tau mak sy suka masak sup petola ni,.
sy suka , mereka suka 1Malaysia mesti pilih,.

Zie said...

as salam CMG...kunjungan malam....best resipi tu simple dan ringkas

Sis-Lin said...

simple n easy..owang bujang pun boleh buat....heheheheh

Anak2 aku suke lauk ni....:)

gadisBunga said...

ni makanan nak bagi sejuk badan. sesaui sgt la dgn ben kot kan? :D

Bella Bell said...

nsb baik dah lepas makan...kalau x mesti terliur..hehe~

SiS NaD said...

SaLaM aNKeL MaT GeBu...

PeToLa Tu... 1ST TiMe MaKaN PeToLa MGGu LPaS... HuHu!~ (^_____^)V

ShashaCatering said...

Menu hari ni saya suka juga. Sup2 ni memang saya suka.

Terima kasih Cik Mat ;)

Ummi said...

Mat, akak uka ayur etola camni...edaaapp kan, mamam engan asi anas2...esti ambah2 acikk...kan, kan...wahahahahaha..pheewww!

アヌム ちゃん~~ said...

suke petola..tapi kat jepun takde jual petola..huhuu

Norhafiza said...

alahai abgMat..mintak sket nak hirup...huhuhu betul2 buat No kecur ni..dugaan di kala tengahari huhuhu..

azlina said...

sedap dan simple menu ni akk nak masak utk menu esk le mat.insyaallah