BEN ASHAARI

Friday, April 29, 2011

SINGGANG PEDAS TEMPOYAK

P1270898
Salam petang, ishh sedap ni, menghirup2 lagi kuah dia, ada tempoyak..tempoyak pulak datang dari Perak..perghh..pengsan okeh. Atas permintaan bonda, mat masak lah singgang pedas tempoyak, guna ikan kembong. Ini semua rebus jee, yelah kan..si mat ni kalau masak semua jenis lauk perprofile tinggi, goreng, bersantan dan ber ber ber lagi laa, jadi bila mat letak lauk singgang, ada pulak yang mandang "ala2" jee..huhu, tak pelah tak paksa pun tengok, sapa suka tengok, sapa tak nak, tak payah tengok..kann. Ok lah jom semak resipi bagi mereka yang sudi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
1 1/2 camca besar tempoyak
20 biji cili padi merah thai, tumbuk halus halus
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk satu kan semua bahan di atas kecuali ikan, daun kunyit, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  2. Tambah daun kunyit dan masak sejekap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi...hmmmm.

10 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

pilihan sayeeeeeeeee! saye suka ikan untuk kecantikan rambut ^^ i lap u!

~Norul Mas Hana ~ said...

saya suka, saya suka..lauk2 gini yg saya nak cari..senang dan sedappp!!

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

sodapnyer...

kakchik@ella said...

OMG Cik mat. yg ni pun feveret kakchik jugak. cik mat ni suka lah buat kakchik tergoda. eeeeee .. geram!!

miszlullaby said...

salu masak singgang biase je, xpenah pulak try letak tempoyak.pasni leyh la try. tapi kene tngu lagi sebulan lebih.kat russia ni,mane la nak cekau tempoyak.hihi..

cikmat, cikmat tak sudi ke join giveaway saye..isk isk..cedih...

http://www.miszlullaby.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

fazilzura said...

menu mantop di ptg hari

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

Perghhhh... mantoppp!! sedap tu singgang ni. kalau hirup kauh singgang panas2 sampai berpeluh badan ni Mat :D

fazrin2211 said...

tunggu aku aabis diet, siappp

Mieza said...

salam CMG..sy ni peminat CMG...dh follow CMG dah pun...hari ni sy bake Moist eggless choc cake mcm CMG punya..tp tak ler selawo CMG..visit my blog at mothercooks.blogspot.com
Mieza :)

umUMRA said...

yummy!!!..tp lau kt utara panggil asam pedas tempoyak...hermm..tp same je..asalkn sedap..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.