BEN ASHAARI

Wednesday, April 6, 2011

PSTTT.....MEH SINI NAK KONGSI RAHSIA....

(GAMBAR IHSAN GOOGLE)
Assalammualaikum semua, nak kongsi rahsia ni. N3 sebelum tidur ni mat tak letak resipi, tapi cuma nak berkongsi tips sikit pasal rempah ratus. Mat antara penggemar rempah ratus, mat memang pastikan semua nya cukup dalam simpanan, selalunya rempah ratus disimpan di tempat yang gelap dan sejuk, mat pulak simpan dalam peti sejuk untuk semua jenis rempah ratus termasuk rempah kari dan sebagainya. Kawasan asia tenggara memang kaya dengan rempah ratus, sebut sahaja kayu manis, cengkih, bunga lawang@pekkak, buah pelaga, buah pala dan pelbagai lagi lah, yang pernah menjadi rebutan orang2 eropah hingga mereka menjajah negara dibelah sini....Besar sungguh kan pengaruh rempah ratus ni...Hmm ok ni hari mat nak share cara pembuatan rempah kari daging, rempah kari ikan, rempah kurma dan rempah garam masala...Asalnya mat salin dari satu buku dirumah sedara mat di Singapura....lebih 20 tahun dulu...ok mat share dengan anda, yelah kan bagi mereka2 yang menetap di luar negara dan jika ingin mencuba mengisar sendiri rempah, ini boleh lah dijadikan satu panduan...

REMPAH GARAM MASALA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  • SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...

REMPAH KARI KURMA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI DAGING/AYAM.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI IKAN.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
OK tu saja yang mat dapat kongsi dengan anda semua untuk malam ini. Insya Allah kalau ada lagi, mat share di lain masa. Akhir kata, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....Assalammualaikum..

22 comments:

Izamir Ridzwan said...

IR suka kurma ayam! heheeh

Salmiah said...

mekaseh CMG... at last saya boleh buat sendiri rempah2 ni. pasti akan dicuba...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...tutup lah kilang rempah Adabi, Babas semua tu Mat..ko dh bg resepi...jom pakat2 mengilang rempah...wahahahahha

aliarosli said...

pakcik mattttttttttt

tadi petang godek entri pakcik mat

konon nak masak ayam,tapi tak taw nak masak ape

sekali tengok,ambek kaw

dengan ketumbar,jintan kasar,halus,manis tah ape lagi tue

tak jadi terus, buat ayam goreng je

huhuuhuhu,tak kenal,penat gogel, tak paham gak

tak mo kenalkan ke kat yang baru nak belajar nie?? em,kene soh mama terangkan jugak nie

Kjee said...

Che Mat, biji sajira tu apa?

YANA SHAIFUL said...

TQ CMG..bleh blaja bt rempah sendiri..:-)

FARISZ@AZ.Com said...

Kalau buat sendiri terjamin halal.
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

♀ Perempuan Manis said...

waaaahhhhh!!!! best nyer ^_^
senang kalau tetiba umah dh abis stok rempah kurma adabi ke, rempah kari babas ke..dpt buat sendiri..
nk kena cuba ni ^_____^

Noriz said...

leceh jugak ek... alhamdulillah, msia cukup semua ada ;)

CuteOven said...

Salam CMG

trima kaseh...kongsi rahsia buat rempah

masa di Singapore dulu kite tak belajar buat rempah sendiri...rugi rasanye..

bukan saja rempah...kuih muih pun tak blajar banyak...

Rozita said...

err..utk luar negara je ke? yg dlm negara x tau ni leh ambik tak...? hehe..mesti cik mat nak jawab beli je..banyak bersepah kan...?

Miss Ran said...

pakcik mat..sy tggu pcm tuka domain dlu haha=P

Gee said...

rempah bikin sendiri tentu harum kan Che Mat? tqvm for the recipes :)

K.Nor said...

wahhh che mat dah jd tokey rempah! lps ni kalau produce rempah mesti laku punya.. peminat CMG@tiffinbiru ramai tu.. :)

Sari Yusa Ibrahim said...

bleh sy jadik dealer rempah CMG. CMG, kalu ada request YM dari iman_300100@ymail.com tu sayalah.. lupa nak gtau dlm request tu... ngeh3! Kalau tak accept sy majuk 7 thn... huhuhu

risa said...

uihhhh...rasa nak pi pinang cik mat la ni jugak...bape hantara ye cik mat..hehehe memang terbaekkkkk!

Nin said...

Salam CMG. Ada satu tip yang saya blajar dgn ibu mertuaku... kalau nak rasa macam kari mamak, lebihkan jintan putih@ halus tu..

Ribbon Clown said...

thanks for sharing this CMG! :D

Sunah Mohammad said...

ooo...menarik la yang ni pcm...terima kasih..:)

marina said...

as salam cik mat..mekasih banyak2 la share resepi rempah ratus ni..leh cuba wat sendiri, mesti best

Queen of Pirus said...

Salam Kenal Mat Gebu...1st time singgah blog ni walaupun dah lama tau ttg blog ni...N3 ni mmg menarik...hari tu pernah tercari2 campuran utk rempah sup...sampai la ni tak jumpa2 lagi..kalau mat gebu ada resepinya...harap dapat share..TQ.

faizul badri said...

Kalau nak simpan rempah ratus kering agar tahan lama, boleh try bekas simpanan rempah yang comel ni.....
http://muslimchoices.com/?p=pop_up_spice_rack&s

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.