BEN ASHAARI

Saturday, April 2, 2011

NASI LEMAK BERAS SUPER TEMPATAN...

P1260936_picnik
Assalammualaikum, salam Sabtu semua..boringg kann..si mat ni tak habis2 boring, malam tadi kan mat bosan tau, tu yang buat N3 selingan. Ok hari ni mat masak nasi lemak, selalunya anda kalau perhatikan mat kalau buat nasi lemak guna beras basmathi kan, tapi kali ni mat guna beras super tempatan. Ada juga yang YM tanya, CM u ni kan masak guna beras basmathi jee, kalau guna beras biasa, macam mana pulak sukatan santan dia...Hmm yea tak yeaa juga kan, beras basmathi tu sekarang ni dah lah mahal yang selalu mat guna tu pun dekat RM 7 per kg...cekik darah siaaaa kann.

P1260961
Kalau ada nasi lemak, kena lah buat sambal tumis...Sebelum mat masak pagi tadi sempat lah chat dgn Ady Budika, kata kat dia nak buat nasi lemak..saja ngadu...huhu, kesian kan mat gebu. Ady tu pun not bad gak, memasak, pantang dicabarrr... Untuk kali ni mat tak letak kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng, sebab utama mat tak berapa rajin dan stok kacang tanah juga tak de, Selamattt...hehe..Ok lah ni type pun mata ngantuk...kalau ada typo...nanti bagi tau yeaa kat "komen"..patik sedia memperbaikinya. Kali ni mat sajikan dengan hirisan timun, telur mata kerbau dan ayam goreng...ehem ehem...kaya kann.. Mat tulis resipi sekarang yeaa..sama2 kita semak dan lihat...

NASI LEMAK BERAS SUPER TEMPATAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram beras gred super tempatan (5% beras hancur)
750 ml santan*
3/4 camca teh garam*(*kacau rata)
1 batang serai, dititik (optional)
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN SAMPINGAN :-)
Timun
Sambal tumis (resipi dibawah)
Telur goreng@rebus
Ayam goreng (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Beras dicuci dan rendam 20 minit, toskan dan masukkan ke dalam rice cooker bersama semua bahan lain. Kacau dan masak hingga nasi kering, kemudian biar tanak. Gemburkan dengan chopstick. Biar suam.
  2. Senduk nasi lemak ke dalam pinggan sesuai dan makan bersama bahan2 sampingan tadi sebagai sarapan pagi, juga minum petang...

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis
1 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
1 hirisan halia,
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa, masukkan ikan bilis, perasakan dengan garam dan gula serta sedikit serbuk perasa, kacau rata dan masak hingga pekat.
  2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi lemak tadi....

19 comments:

Miss Ran said...

aduh sakit perot..rasa nk lari g sedenak skang jugak

qucachahir said...

suke giler nasi lemak!.. ;)

Sunah Mohammad said...

miss ran, jom lari jom! :D

AdyBudika said...

lepas nie ada org lain lak buat nasik lemak k..nasik lemak yg l;agi mahal

akuanakpahang said...

Salam CMG, nie kalau pekena mau 2 pinggang ;)
New Entry "Miera Leyana Seksi - tetap menjadi pujaan."

Farhan Zulhusmi said...

sedapnya nasi lemak....lama xrasa....emmm........

efa said...

lama dah tak mkn nasi lemak sedapnya che mat buat km lapar terus wuwu ikan bilis tak leh makan buat cmtu leh gak :)

Ryo Azhar Rahza said...

OK BYE!
*nak g cari 'ikan bilik' sekarang....

Mat Gebu said...

@ ryo - hahahahahha...adehh..lain beno dah kan maksud dia "ikan bilik"..ngerii je aku dengo..thanks broo..

Isteri Yang Comel said...

nasik lemak

~Norul Mas Hana ~ said...

wahh bestnyer....yummy!!

vaithis said...

mmm....sedapnaya.....

Yatie said...

akak pun suka guna beras ni kalau buat nasi lemak sbb anak2 tak suka beras basmathi...mmng cantik guna beras basmathi tapi keras sikit...akak suka nasi lembut jek...laporlah Mat tngk nasi lemak ni...makn dngn sambal tumis je pun dah cukup...

mamasuri said...

cantiknya nasi tu..
geram tgk..
selalu bt kadang2 cam plain je..
sy kalu bt nasi lemak hari weekend terus jadi santapan hingga ke tgh malam..hehehe

Mas said...

che mat..mas pun buat nasi lemak...guna beras super tempatan juga tau...
meh tukar nak tak..he..he...

FARISZ@AZ.Com said...

Kalau kat negeri9 minum dengan teh tawo n sambal tumis yang pedas z....
Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

yusparisa said...

cantik warna sambal tumis cik mat, memang masak agak lama sambal tumis ni kalau warna gelap camni & sedap...hihi..

mak iti Jr said...

sy suke kaler sambal tu..menyelerakan, cemaner nk dpt hasil cemtu ek Che Mat????

AzlanAyu said...

abg mat...YM tu yahoo.com or yahoo.com.my...sedapnya tgk ns lemak ni..rasa nkwat utk berbuka hari ni la

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.