BEN ASHAARI

Friday, April 29, 2011

KASIH KU PADA BLOGGER2 MASAKAN.....

Salam............................hmmm, tanpa mereka, aku memang takde siapa kenal, mereka yang mula meletakkan DTS-MAT GEBU menjadi kukuh, menegur jika ada kesilapan, berkongsi jika ada idea, bertukar2 kebijaksanaan masing2 tanpa ada rasa lokek dalam hati. Blogger masak2 sebenarnya tunjang utama blog aku. Sekian lama nama DTS-MAT GEBU hanya berlegar dikalangan blogger masak2. Mereka memberi sokongan sebaik mungkin. Kadang2 aku segan, jika terlepas pandang. Mereka orang2 lama dalam dunia masakan, lebih berpengalaman, tapi sedikit pun tidak rasa bangga diri dan mendabik dada bahawa mereka hebat..tetap memberi sokongan padu pada blog mentah seperti DTS ini.

Kalau nak disenaraikan, tentulah banyak. Tapi mereka antara penyumbang utama traffic ke DTS, selain blog yang "biasa" tu. Hubungan kami blogger masak, amat baik sekali, tak kira blogger berada jauh nun dibumi Inggeris, atau bumi Anbia, mereka tetap mesra walaupun tak pernah bersua wajah. Pada teman blogger masak2, terima kasih mat pada anda semua, kerna andalah DTS masih kukuh di sini, moga kita dapat bekerja sama antara satu sama lain...Sebelum mat masuk tidur, minta maaf semua, jika ada terkasar bahasa. Akhir kata salam sayang dari DTS-MAT GEBU...moga kita bersua lagi esok, insya allahh...

13 comments:

Imran@Copenhagen said...

sama2..terima kasih juga pada DTS yg tampil dgn resepi yg menarik
Dari:Blog 'biasa' yg suka makan

Sunah Mohammad said...

pcm.... "dikalagan blogger masak2"

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

LM perhatikan..blogger masak sgt baik.LM pun dpt ramai kwn yg suka komen entri LM semuanya kwn2 dr peminat blog CMG juga.kak ayu, kak ratna akak MADIHAA dan ramai lagi..

Nieza said...

sama-sama kita menjaga ukhwah yg terjalin sesama blogger semua Cik Mat...semoga niat murni kita berkongsi ilmu msk2 dan resepi dirahmati Allah selalu...insyaAllah..:)

Mat Gebu said...

@ Imran - terima kasihhh tak terhingga dari DTS, kita sama2 blogger biasa..tak de beza..

@ sunah - ok thanks, dah edit balik..huhu..

@ LM- memang betul, kami kan tak pernah gaduh, dan duluuu tak pernah ada lalat berlegar di blog masak2.

@ nieza - begitulah kan seharusnya, sebab kita blog masak2 ni tak sama dengan blog lain...jauh beza..

K.Nor said...

terima kasih buat che mat & DTS merupakan library mencari resipi dan idea masak :)

CT Delima said...

Terima Kasih juga pada Mat. DTS lah pencetus kepada K.Ct berkecimpung dlm aliran blogging yg sama. Tanpa DTS, tiadalah DDCT. Salam kasih dari k.Ct sekeluarga.

izahdaut said...

terima kasih buat DTS dan cik mat, DTS adalah blog terawal saya jumpa selepas blog chef hanieliza dan Mamafami. mmg ilmu yg dicurahkan didalam blog masak2 ni sangat luas dan sangat ikhlas. from my humble opinion.tq

Ummi said...

Assalamualaikum Mat,
DTS dan Tuan Empunya mmg xkan lekang dari kalangan blogger masakan....in fact dah ada yg asalnya blogger bebel2 jek dah taksub dengan masak2 jugak...tabiiiiikkk hormat untuk Encik Adnan bin Ibrahim, cucu kesayangan Bidan Peah yang handal dalam segala tips memasak dan tips "ehem-ehem" pun dia tersangat okiess...hehehe. Bertuahnya la bumi alam cyber masak2 ni kerana kelahiran DTS....caiyoooo Mat!!

Yatie said...

Assalamualaikum Mat,
Terima kasih pada Mat dan DTS kerana berkongsi ilmu masakan selama ini...moga terus sukses dan terus menyumbang lagi dan lagi kelebihan ilmu yg ada pada diri Mat....DTS sumber inspirasi kami semua...

Mat Gebu said...

@ kak nor - sama lah kita kak, saya skodeng blog akak juga sebagai sumber inspirasi..

@ ct delima - salam juga utk kak ct sekeluarga...

@ izahdaut - terima kasih, saya pun perasan izah kerap komen di blog saya..huhu..terharu.

@ kak ummi - terima kasih kak ummi, apa2 pun berlaku blogger dunia lain, kita blogger masak2 ni tetap sama seperti dahulu..

@ kak yatie - akak pun sama, moga terus post b3 kuih2 talam, kalau ada apa2 pertanyaan senang saya link kan ke blog akak...hehe..

~Norul Mas Hana ~ said...

Semoga DTS akan terus maju..hihi..saya menyokong penuh!!

MamaFaMi said...

Adakah daku salah seorang dari blogger itewwww? Hehehe... nak gak enterprem, nyibukkan diri.. hish sedor ler sket mama oi... siapalah anda...:D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.