BEN ASHAARI

Tuesday, April 12, 2011

CUCUR KENTANG BERDAGING.

P1270333
Selamat pagi Selasa..apa khabar hari ni. Moga semua sihat. Hari ni share resipi cekodok atau cucur atau jemput2..Tapi bukan lah yang canggih mana, cuma yang sedang2 saja. Hanya cekodok kentang je, mat parut kentang tu, ada kuchai, letak..lepas tu nampak ada daging kisar berbaki dalam 1/3 cawan, hmmm apa kata letak juga...wahh, letakk jugakk!!..pengsan kan, lepas tu letak bawang dan benda2 lain (yang ni kendian cerita) dan goreng lah seperti biasa, macam kita goreng jemput2 @ cekodok. Selalunya kita gunakan jari yang dibasahkan dengan air untuk menjemput adunan dan meletakkannya dalam minyak sederhana panas, tapi nak guna sudu pun tak de masalah..cuma tak berapa nak lawa lah sikit..

P1270339
Bila menjemput adunan ke dalam kuali, mat memang pesan sangat pada semua, terutama anak2 dara, pastikan berhati2 extra, sebab ini minyak panas, kang kalau terkena jari atau tangan dah berbekas, esok2 dah tak lawa...huhu, aset tuu, jari lawaa, boleh naikkan saham anak2 gadis, ehh, apa ingat lelaki pandang rupa saja ke, ada tu tengok jari pun depa geramm tauu...erkk..hehe. Ok jomm mat tulis resipi. Tapi mat dah kata ini resipi cekodok biasa2 jeee...layannnnnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kentang saiz besar, kupas dan parut kasar
1/3 cawan daging kisar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca jintan manis, tumbuk halus
1 biji cili merah, hiris
6 pokok daun kuchai, hiris
1 biji telur
1 camca besar mayonnaise
Garam secukup rasa
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder
3/4 cawan air atau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam dan air. Kacau sebati dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dibancuh yang tidak terlalu cair. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Rehatkan 10 minit
  2. Panaskan minyak dalam kuali, basahjan hujung jari dengan air, kemudian jemputkan adunan dan berhati2 jatuhkan ke dalam minyak tadi, buat dalam 10 - 12 biji, bergantung pada saiz kuali anda. Goreng dengan api sederhana besar hingga jemput2 kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan, kemudian letak atas 1-2 lapis paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili sebagai sarapan atau minum petang..

11 comments:

Ummi said...

Aah kan Mat...kalau menjemput dlm kuali tu kena extra hati2..xpun habis berkeriout jari2 tu kang...alaaa, dah la jatuh saham anak2 dara aiii...ahaakss! Akak pun wat jemput semalam...hehehe, tp letak ikan bilis n daun kunyit jeeee....jeeeee...jeeeee...tp licin jeeeee...hehehe

Noriz said...

aduyaiii...geram nye....bikin lapor je MG ni pagi2...

Eyrique Ettiqaz. said...

mak EE selalu letak udang +kuchai+carrot...sedap oooooo...Daging kisar x pernah guna rasanya.

EYQASARA said...

wohhh... tringin nak mkn pulak.. adesss... -.-" sdpnye!

GreenAppleKu.com said...

Sedapnya Mat, terliur guwe melihat gambar..

Sunah Mohammad said...

oooo...patutlah pakcik mat selalu suh jaga jari...ekekekke...

syafa said...

baek!saya jaga jari..hehe

Miss Ran said...

idea gak tu..cuti ley cube

mcm ni lah said...

cucur tu nampak mcm biasa tapi set pinggan tu menarik mane lah dapat tu yerrrr

Dinda Iva said...

baru petang semalam buat resepi yang sama ni abg mat..hehehe..cuma tak bubuh kentang...yg lagi best kanda kita yg buat..hehe..sebab semalam dia cuti..ilang penat balik keje bila balik kanda dah siapkan makan petang...yummy kalau taruk daging...

MiszNoRuL said...

incik mat gebu,
nk tanya la kan, cucur kentang ni same je kan dengan potato fritters? hehe..dapat resepi suruh buat potato fritters..sorry ty ye..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.