BEN ASHAARI

Wednesday, April 13, 2011

BUNCIS GORENG SOTONG KEMBANG

P1270387
Waaaa...salamm, nama resipi bukan main gah...kira ala2 kerabat tengku2 macam tu lahh, walhal cuma kacang buncis goreng je, tapi biasa lah kan...cuba tengok majalah2 masakan, resipi kadang2 kita tengok macam gulung2 jee, main tonggok2 jee, main senget2 jee..nama kan main. Tak pe lah itu semua terletak ada kebijaksanaan kita dan tak de sapa boleh menyang Hadoi malas sehhh, tapi takpelah. Yang lemah bukan apa, mat ni satu jelah, kalau nampak yang kenan, mesti nak beli..huhu..tak suka lah....(((tapi dalam hati, rasa seronok gilaa koo bila dah beli...haha))...Ada sapa2 nak tolong kemas kan barang2 yang beli tadi?...mat buatkan kek gulung derhaka nanti untuk yang sudi....amacam?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor sotong kembang, dikelar bersilang dan potong, celur 30 saat dan toskan
25 tangkai kacang buncis, dihiris serong, cuci dan toskan
1 keping tauhu, didadu dan goreng sekejap, toskan
1 keping tempe, didadu dan goreng sekejap, toskan
1 biji bawang besar hiris kasar
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar sos tiram
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Tambah sos tiram dan kacau. Tuang air.
  2. Masukkan tauhu, tempe dan sotong kembang, kacau rata dan masak sekejap. Tambah kacang buncis dan sos ikan secukup rasa. Masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..

9 comments:

AdyBudika said...

err..sotong die bunga2 kan~~~

Wuucin Kimora said...

sotong yg bunga2...hahahha ;D

Mas said...

ratah macam tu jerk pun sedappp...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takyah masak lauk ngan nasi dah..sbb dah lengkap menu ni CMG

putERi-kAtEk said...

sampai sekarang saya masih tak dapat bezakan kacang panjang dengan kacang buncit ni

mcm ni lah said...

sotong tu bentuk crown ala2 queen rania,.. ratu sesangat,. i like,..

Marina Monroe said...

Rajin dan teliti..menghiris sotong sebegitu ruper..

Kalamhati said...

makan ni pastu makan dadih stoberi sebagai dessert memang meletopss!hehehe

arryani said...

aku kalo msuk blog ni...baru makan pun bole terasa lapor!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.