BEN ASHAARI

Friday, April 29, 2011

BEBOLA TAUHU LEMBUT...

P1270887
Salam Jumaat semua, dah sarapan?. Pagi ni mat bangun lewat sikit dalam jam 6 pagi macam tu, selalunya sekitar jam 5 atau 5.30 pagi dah bangun. Memasak ni ada kala memerlukan kita berfikir secara pantas, tu pasal skill amat2 diperlukan. Tanya lah mana2 tukang masak atau blogger2 masak, mereka mesti setuju. Bebola tauhu lembut ni mat buat pagi tadi. Ada berbaki 3 keping tauhu, hmm....buatlah sesuatu yang nampak OK sikit kan, asyik2 tauhu goreng makan dengan sambal kicap, tak pun sambal cuka...aduh bosann sehhh!...

P1270889
Bebola ni agak lembut, tapi bila dah goreng, ia jadi rangup diluar tapi lembuttt di dalam. Kalau nak bentuk macam begedil pun ok, tapi tak boleh lah panggil bebola, kenalah bagi nama sesuai. Kalau anda nak letak cincangan udang segar pun boleh, mat tak letak apa2, cuma guna kiub ayam siaa sebagai perasa. Sedap dimakan bersama cili sos, atau sapa suka makan dengan mayonnaise pun tak de masalah..tekak sendiri punya...kann..Pagi ni jom kita jalan ke blog ini pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tauhu, dilecek hancur
1 biji bawang besar, dadu
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 camca besar tepung jagung
1 kiub ayam Maggi. hancurkan
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit garam, jika perlu
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali sos dan garam, kacau rata2 dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit garam. Kacau rata , kemudian cedok 1 camca besar dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak dan goreng bebola tadi hingga kuning keemasan, pastikan api sederhana dan jangan goreng banyak2 sekalu gus, mat goreng 6-7 biji. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

9 comments:

Lina said...

nampak menyelerakan tp sy tak minat dgn tahu x tau naper huhu

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Wah pepagi dah pekena tahu...sedapnya.
Rasa nak cubalah...

Azita Zain said...

Salam pagi Jumaat Mat...
Pagi2 ni tengok bola...ingatkan pasukan mana lawan pasukan mana tadi...rupa2nya bola2 tauhu. Nampak yummy jer...
Errr...tak celup dlm bancuhan tepung dulu ke sebelum digoreng?

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

ingat jejemput apa tadi...nampak sedap kemain...

psst nak tanya 'siaa' tu apa? selalu che mat tulis...

Ummi said...

Waaaaaaaaa kejinya bebola tu kena sula dengan Mat Gebu....ahahahhaa....nasib dia x pandai nangis...xpun banjir dlm pinggan...eh tu banjir sos je eks!

faiz amir said...

ya Allah, nape sya tade idea cam awak . dpt create superb recipe . hahaha . jeles2 . btw . nice one . act i love ccur . i will try it =)

thnks for sharing ur recipe =)

man yusoef said...

waa..resepi nmpk mudah utk org bujang..brng pon cam tak complicated sgt...nak try la nnti...tapi dpt berapa bebola ni PCM klu ikot resepi atas ni

mia.lia said...

creative as always :)
tp tauhu xde kt uma..hehe

linda said...

Abg Mat tauhu tu boleh melekat eh? X pecah2 masa goreng tu?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.