BEN ASHAARI

Friday, March 25, 2011

YANG NI LAGI....AKU PUN MACAM JEMU DAH!

P1260640
Salam pagi Jumaat, huhu, jemuu kan, dah lah ulang tayang, lepas tu mee gorengg lagi!!!.. Pengsan 3 kali mat gebu macam ni. Nak buat macam mana, ini semua atas permintaan "bigboss", jadi tak boleh nak bantah, ikut jee lahh. Nasib baik mat dah siapkan awal2 pes sambal dia, jadi cepat siap...legaaa ceQ!. Mat goreng dalam 400 gram, tu pun bila dah campur dengan rencah2 dan sayur, jadi banyakk..huhu. Lepas ni nak plan masak tengah hari pulak..ingat macam nak masak yang senang2 jee, hmm sup2 macam tu, atau bahasa orang2 kita, tumis air. Tak de apa nak cerita...eh..ada satu lahh mat nak sentuh sikit, tapi lawak, pasal "typo"..mat kan kalau menulis typo memanjang...sekali "Sunah" siap buat N3 lagi..tapi bukan n3 perli cuma bagi panduan..terima kasih Sunah.....ehh Ady jugaa..haha, tak sebut kang, nanges pulak Ady...klik sini untuk ke N3 "typo"..... (^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cawan sotong yang telah dipotong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
Taugeh secukupnya
Hirisan kobis secukupnya
2 camca besar penuh pes sambal (resipi dibawah)
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 keping dada ayam, didadu
1 cawan air
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

BAHAN SAMBAL :-)
2 1/2 cawan cili kisar
1 inci belacan*
10 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/3 cawan ikan bilis, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak, biar lebih sedikit. Tumis bahan kisar hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula secukupnya. Jika suka boleh tambah serbuk perasa. Sambung memasak dengan api kecil sambil dikacau hingga sambal garing. Sejukkan dan simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian. Untuk tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk. Biar minyak sambal menutupi sambal, ini akan mengelakkan pes sambal cepat berkulat.
  2. UNTUK MEE GORENG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan pes sambal, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kacau rata. Tambah ayam dan sotong, kacau rata. Tuang sedikit air. Biar ayam masak.
  3. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan bila telur mengeras, kacau hancur. Gaul rata, masuk tauhu dan kobis, kacau, masukkan mee tadi, tambah baki air dan gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan taugeh, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Juga boleh disajikan bersama belahan limau kasturi, hirisan timun dan cili sos.

9 comments:

Miss Ran said...

ady sensitip..hehe

Noriz said...

jemu-jemu pun tetap sedap... aduhh lapo....

Mama Hanim said...

sedap tgk menu di hari jumaat tu CMG.
(Video) Gadis Cuba Bunuh Diri Terjun Di KB Mall Kota Bharu Kelantan 24.3.11

Shopping Dgn Duit Cek Nuffnang, I Like It

Sunah Mohammad said...

nasib bek takde typo....:p

NuReLLe said...

weeee~...dtg brakefast kat blog CMG..kenyang tengok gambar..tak sabar tunggu lunch pulak...:DDD


NuReLLe says : teaser : laksa sarawak

akuanakpahang said...

Salam CMG, jemu no. 2 dah kalau perut lapar selesai mee nie :)
New Entry "Bakpo Mek mu uat gitu?"

Fakhrul1409 said...

Abg Nan!!! Hehehe...Mat Gebu dah kena tag kat sini la..hehehe..agak2 leh tak wat kuih ni..

http://decadeworld.blogspot.com/2011/03/jemput-jemput-sotong-kurita.html

NINA aka SL said...

ko jemu.. tapi aku suka... nak sepinggan.
kompem dah licin kan...

alissa aiman said...

terima kasih pakcik sudi follow blog sy =') terharu sgt2 !

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.