BEN ASHAARI

Wednesday, March 30, 2011

URAP PUCUK UBI & TAUGEH.....FEBERET AKU.

P1260854
Salam petang, haha, ulang tayang lagi..biasalah mat gebu...tak lama lagi dapat gelar pulak mat rewind..yelah dok ulang2 resipi yang sama je. Tak kesah lah..mat senang je, kalau sudi silakan lah tengok, kalau tak sudi pun tak pe, tak kecik hati langsungg, dalam dunia blogging ni tiada paksaan...kann. Tapi terima kasih tak terhingga mat pada mereka yang tanpa jemu sudi singgah walaupun masakan mat biasa2 seperti anda lihat. Tips untuk blog masak2 mat nak bagi tau sikit. Paling utama gambar, memang kena menarik dan terang, sebab blog macam kita ni tak de cerita bess..tak de artis seksi dedah2, paling seksi pun udang atau ketam je...Cuma harapkan resipi je kan, jadi strategi utama ialah gambar, penting sebagai tarikan utama. Biar masakan semudah telur mata kerbau, tapi kalau kena gaya, ianya akan nampak lebih berketrampilan. Gunakan cahaya semulajadi, seelok-eloknya. Ok, lain kali mat bagi pulak tips "food styling" gaya mat gebu yeaa...

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi
2 genggam taugeh
1 cawan kelapa parut putih
Garam gula secukup rasa
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/3 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk hingga lumat)
Cili padi kampung sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan celur hingga lembut, tos, cuci dan perah, hiris sederhana halus. Masukkan dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan kelapa parut bersama bahan tumbuk halus, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kemudian masukkan taugeh dan pucuk ubi, gaul rata2.
  3. Goreng dalam kuali tanpa minyak hingga urap nampak lembut tapi masih rangup, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan cili padi kampung. Makan bersama nasi hangat....hmm sedappp lahh!

12 comments:

MamaEma said...

alahai mat gebu..saya ni tak makan sayur..huuuhuhuuu...

tp tgk gambar masakan mat gebu...memang menyelerakan betul.....

y u y u Z u l a i k h a said...

alaaaa.. sayurr... potong seleraaa T_T

KayNisa said...

wahhh.. cili sjibik2.. podeh

Dinda Iva said...

food styling...menarik tuh..nak belajar yea...

suhanna rosli said...

waaa..sedapnya...:)

Sunah Mohammad said...

kuis2 tauge ke tepi mangkuk....nyum nyum nyum...hahahah~

relevan said...

Sedap ni...

KuKuMALu said...

Wahhh..best2!!
nape xtambah byk lauk..
okeyh, sayur yang byk pn best!
i loikee!

erkk..tertanya-tanya, dimanakah udang seksi??.haha.just kidding.
anyway, nice and yummyy!

ladyzamea said...

sedapnya...
tolong lapkan air liur sy boleh x..
huhuhu.....

kathy said...

cili tu kena alihkan sebelum makan..huhuhu..*sbb x tahan pedas -.-'

~S.H.A.I~ said...

feveret jugak nih...=)

Liyana Z said...

suka!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.