BEN ASHAARI

Monday, March 21, 2011

SAMBAL GORENG JAWA....VERSI BERKICAP.

P1260446
Salamm....wes mangan?...haha tu je aku tau. Sori guaa bukan jawa, tapi Jaworld!!..Ni mat masak tgh hari tadi, sambal goreng ni kan, buat sikit je jadi banyak nkoo., dah segala macam letak, tu pun mat guna setiap bahan dalam kuantiti yang sikit. Mat guna mempedal ayam dalam tu, bagi mereka2 yang tak makan, boleh ganti dengan udang segar. Kalau nampak dalam gambar tak berapa hitam kan, huhu, kicap pekat habis laa, jadi mat guna kicap biasa je, tapi tak letak banyak dalam 1 camca besar macam tu. Bila dah guna kicap, garam memang kena jaga, kang kalau ter ter masin...aduh tak dapek lah den nak nolong...erkk jawa tapi tercakap rombau pulak...haha..Jom tegok resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 keping tauhu, dadu kecik dan goreng
2 keping tempe, dadu dan goreng
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 keping pedal ayam, celur sekejap dan hiris nipis*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata)
1/2 inci belacan, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula sucukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan pedal ayam tadi dan goreng sebentar. Tambah cili kisar dan masak dengan bahan tadi hingga cili garing.
  2. Tuang belacan, kicap pekat, asam jawa, gaul rata dan masak sekejap. Tambah tempe, tauhu, fucuk. Tuang sedikit air jika perlu. Masukkan kacang dan soo hoon (toskan).
  3. Masak hingga hampir kering, tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

9 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

weesssss mangannnnn ^^


saye jawaaaa!

fashah84 said...

abg mat...kalo mkn ngan nasi ambeng terangkatt gitu...alahai...bestnyer...rindu kg sudahh...

Tasha said...

sedap~

putrifayad said...

sedapnye..
teringat sambal goreng org melaka..:)

Hazrina Erin said...

sedapnya~lapa lakk.nak g makan la(:

JIJI YU said...

muehe memang menjadi ni bro mat..

mia.lia said...

haaa..ada kicap bru bez,,hehe

ma'chiks said...

zaman globalisasi, supa cam DTS, selera orang skang dah takde sempadan..sya wp bukan jawa tapi masakan2nya teman mmg gemor...

Liyana Z said...

wah sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.