BEN ASHAARI

Sunday, March 27, 2011

MEE KUAH TOMATO.

P1260753
Assalammualaikum, huhu, tak berapa ok lahh...tapi mat gebu buat2 ok jee lahhkan. Panasnya cuaca ni hari, mat buat 1 jug besar jus limau kasturi...waaaaaaaaaaaaaaa..pengsan minum anak beranak, nasib baik tak de yang terberanak terus..haha. Petang tadi kan, saja lah melakukan edit dalam peti sejuk, benda yang rasa2 macam dah uzur kita lupus kan buat baja organik, mana yang ok kita guna lah. Tapi sayang dalam stok, tak de benda2 bes sangat untuk dicampurkan dalam mee kuah tomato kali ni. Mat guna apa yang ada je, tu nasib baik aku ada bekukan stok air rebusan ayam, dalam 1 liter macam tu, boleh lah guna untuk kuah. Udang dengan sotong pun habih dah, takpe, tu semua ubat gatak dan kolestrol...kannnn...masa tak de baru ingat benda2 tu semua..huhh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram mee kuning, cuci, celur dan toskan
2 keping kobis cina@kobis daun, dihiris
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong sekuntum2
3 biji telur ayam
4 batang jejari ketam, kerat 3 setiap jejari
1 liter air rebusan ayam
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar cili kisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji tomato merah, dipotong*
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang puith*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili hijau untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang sebagai hiasan
Tauhu, goreng dan hiris


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos cili. Tuang air rebusan ayam dan tambah kiun ayam (jika guna). Biar mendidih.
  2. Perlahankan api, pecah kan telur satu persatu dan pastikan tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api perlahan sehingga telur masak. Tambah kesemua jenis sayur dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan jejari ketam, biar masak dengan api perlahan. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan dan matikan api.
  4. Letak mee tadi dalam bekas sesuai, tuang kuah atasnya, hias dengan hirisan tauhu, hirisan cili hijau, daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

3 comments:

solo molo said...

nampak sungguh menyelerakan walaupon baru lepas melantak...


entry terbaru > http://solomolo.blogspot.com/2011/03/femes-wa-cakap-sama-lu.html

FARISZ@AZ.Com said...

nak simple tapi mungkin sedap.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Hakiyat dan hakikat si telur

Abang Long said...

Salam...baru cadang nak skip dinner malam ni coz hari ni mkn bnyk sgt.. pagi mkn nasi lemak, tghari mkn nasi goreng, td baru jer telan goreng pisang cicah sambal kicap dlm 5 ketul!..

Bila tengok mee ni...lapor balik! adoi ai...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.