BEN ASHAARI

Monday, March 7, 2011

MAKARONI GORENG BEREMPAH...

P1260118
Salam petang semua, aduhh penat..lenguhnyaa kaki ku ni hari. Ni sebenarnya makan tengah hari, masa ketat lah hari ni, ada agenda2 yang harus mat penuhi, hahaha, bunyi macam penting sangat, hehe releks, mat biasalah, sikit pun aku kata sibuk...Sebelum tu, nak minta maaf N3 kontroversi bawah tu...tapi memang mat kecewa lahh...sebab..sebab..sebab...ishh tak payah nak kabo laa...kann...janji ada n3 masak. Apa2 pun berlaku insya allah DTS masih berfungsi, jangan risau, kecuali jika ada hal2 kecemasan. Mat hari ni hanya goreng makaroni je. Sebenarnya petang semalam mat siap2 rebus dah makaroni tapi tak banyak dalam 1 cawan makaroni yang belum direbus, siap gaul minyak zaitun lagi, plan punya baik, last2 jadi tak berapa rajin, terus simpan. Makanya tadi mat goreng lahh....Ok jom share resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan makaroni
1 cawan hirisan daging batang pinang
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1 genggam hirisan kobis
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang
1 camca besar sos tiram
3/4 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kisar (mat guna bahan2 kisar halus resipi ini...)
1/2 camca besar sos tomato
Secubit gula
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup sebagai hiasan
Hirisan cili padi hijau sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar dan rempah kisar hingga harum, tambah sos tiram, sos tomato dan juga daging. Kacau rata dan tuang air. Biar daging empuk.
  2. Masukkan capsicum merah/kuning dan kobis, masak sekejap dan tambah makaroni, gaul rata2 dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

17 comments:

aDisH.sHidA said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah nampak sedap...terliur shida mnengok nyer..nak skit..shida x penah masak makaroni....leh cuba la pas nie...

mak iti Jr said...

shedap2!

mamawafiQ said...

chedapnya!!!!!!!!

nur said...

nak buat nanti..

Mama Hanim said...

sedap tu.. nak skit..he3..
3 Buffered Earnings Bru Dtg Serentak, 6 BE Dh Jd ME. $$$$$ Tq Nuffnang!!!!

KatekateKite said...

fuhh! nampak sangat best! hehehee...... nak try ah! ;D

*first time nih meninggalkan komen kat sini, padahal slalu jerk intai2 dapor mat nih! ;D
----------------------------------
Kemarahan Tak Terbendung? Kenapa Marah Marah Nihhh....?

chikadakbiru said...

haa sib baik ..ade n3 masak2 lagi..kami kat pejabat nih dh keciwa tau.....bila cmg kata nak stop!!.perjuangan CMG belum selesai tau!!..gasak laa org nak kate ape2 pun...kami follower setia cmg sentiasa memberi sokongan dan sentiasa menanti update2 masakan terbaru dr CMG

PidaSanglang said...

dah la x ambik heavy lunch...tgok dah terliurr...yummy ...yup kompom malam nih kena buat...

~~miera icey~~ said...

nie musti cube nie cik mat...i suppotr u!!!

Aymy With L♥ve said...

CMG dah kembali... alhamdulillah... jgn sedey2, nanti kami belanja eskrim... ni nak hulur piring, sbb belum sarapan lagi kat sini...

Einaz Shah Rizal Thomas said...

nak try juga la ;)

Diari-Selebriti-Mama said...

tengok entri macaroni ni rasa legaa..bagus la macam tu abang mat.jangan ambil pusing sangat dengan benda-benda yang boleh menjatuhkan semangat juang kita.
be strong..

umi said...

Alhamdulillah..jadinya tak jadi stop la ni..! suspen betul bila cik mat kata nak stop tadi ish..minta dijauhkan. kalu DTS tutp habislah inspirasi nak blogging lagi..

Mizz Intan said...

sodap2....dh la tgh lapo nie..

http://senyumsendirian.blogspot.com

Beautiful Butterfly said...

sedap nya!nyum2!!... =)

SHAREH said...

Wah..best2...sejak follow blog ni rajin plak nak cuba2 masak..hehe...

Thanks Dapur Tanpa Sempadan!!!

www.designeur2b.blogspot.com

ilham_un said...

x makan lagi..tp tengok gambar2 makanan kat cni rasa kenyang gla.bila la dapat rasa ek.hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.