BEN ASHAARI

Tuesday, March 22, 2011

MAGGI KARI LEMAK...SEMBANG2 BEN - CIKGU SITI HAJAR

P1260501
Salam Selasa...Hujan tak tempat anda?..Kampung mat pagi tadi hujan, ni cuaca pun macam lembap je, termasuklah dengan aku lembap sekali..macam lemau jee, macam masuk angin.. Hmm jom lah sarapan..Alaa, sarapan biasa je, mee segera tapi tak berapa segera bila sampai kat tangan mat gebu. Saja lah kan kita kasi improvise kan megi tu, boring laahh dok macam tuu siaa. Kali ni mat buat maggi kari lemak, dann lemak tu guna susu cair jee, sesapa nak guna santan pun boleh silakan. Sebungkus ni boleh makan 2 orang, sebab jadi banyak bila dah diletak eksesori bagai dalam tu. Selain tu anda nak guna ayam atau daging, semua boleh, dah kita buat dia kan..

Pagi tadi mat tengok Vlog terbaru sembang2 Ben Ashaari bersama Guru vokal, Cikgu Siti Hajar di sini......menarik dan nampak lebih santai....hmm kadang2 kita manusia ni suka sangat kan kritik, dah tu buat perbandingan dengan blog orang lain...jangan lah macam tu, kita blogger melayu ni berapa kerat lah sangat kan, mat sendiri pun kalau ada blog yang aku rasa kurang senang, tak de nya sampai nak buat n3, manusia ni segagah mana, setabah mana dan sehebat mana sekali pun mereka ada perasaan kann. Gunakan lah kebijaksanaan anda untuk jalan yang lebih bermanfaat....Aku?...hanya seorang manusia biasa yang banyak dosa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mee maggi perisa kari, asingkan perencah
6 ekor udang, dikupas kulit, cuci dan toskan
4 batang crabstick, kerat 3 setiap satu
2 biji telur
4 camca besar susu sejat IDEAL
1 camca teh cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 pokok kuchai, hiris
2 camca teh sos ikan
Secubit gula
1 pokok sawi bok choy
500 ml air atau secukupnya
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Tambah perisa kari (yg disekalikan dalam pek mee maggi), kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan telur, kecilkan api dan biar telur mengeras.
  2. Masukkan udang, crabstik dan juga sawi. Tambah mee maggi dan biar masak. Tambah daun kuchai, sos ikan secukup rasa dan secubit gula.
  3. Akhir sekali masukkan susu sejat, biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai. Tabur dengan hirisan cili padi dan belahan limau kasturi..hidangkan..

22 comments:

[n a j e e b] said...

pergh...maggi kari yg telah dikomersialkan.. amboi3x..

Mat Gebu said...

@ NAJEEB - waaaaa my future son in law komen laaaaa.....welcome, masuk2...

[n a j e e b] said...

eceh....tersipu2 i nk masuk dapur u.. LOL!

Ummi said...

Waaaa Mat, ko x citer pun ko dah booking future son-in-law....hehehe...komain ko! Apapun, maggie ko tetap menggetarkan jiwa raga akak nih..huh!

[n a j e e b] said...

erk..kan dah kantoi di situ.. (>_<)

risa said...

walaupon perut dah kenyang..bila nampak meggi otomatik lapoooo adoiii

Mas said...

hujan2 nie terlebih rasa lapar plak bila tgk maggi kari lemak nie :)

syAfA said...

wah!!..tetibe lapor..T_T

akuanakpahang said...

Pergh!! meleleh air liur aku :)
New Entry "Padah Memakai Legging di Public !"

yusparisa said...

sluuurpppp...sedapnye maggi kari...letak bunga kobis & cendawan..perghhh..sedap tul..perah limau kasturi...adui..laponye..

yaya said...

wah! sedapnye! bley cube ni!:)

faizahpaiz said...

makk aii.. maggi kari pun boleh kelihatan menggiurkan..

Dawa said...

menggiurkan maggi kari ni. nampak lebih 'seksi' berbanding miera liyana. haha

maziah said...

Sungguhpun maggi,bla smpai kat tangan abg Mat jadi cam spegetti hehehe

dunia maiza said...

sedapnya meggi nya..teras lapaq la pulak bila tgk meggi ni hehe..

zuwaidah said...

cik mat, bila nak pindah sebelah rumah kak zu hehehehehehhe hari2 leh makan sedap2....eeeeeeeeee mengada la akak nihhh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

maggi... feberet anak bujang akak.. penat2 mak dia masak.. anak dia sibuk nak maggi jugak... hishhh!

azila said...

Salam..en mat, tp ader org xcukup kalo sebungkus meggi share ngan org lain..heheh

Sunah Mohammad said...

sedapnye...petang2 ni lapar megi pulak aih...

Yatie said...

Assalamualaikum Mat,
adoyai laporlah tetiba bila tngk maggie ni....sekali pandang bukan mcm maggie kari sbb mewah dngn bhn2 hiasan..menyelerakan tulllll..

Raden Arjojoburgila said...

nak satu!!!

Matjoe said...

perghhhhhhhhh, ni maggi versi mahal ni. ekekeke

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.