BEN ASHAARI

Monday, March 14, 2011

LABU SIAM GORENG BELACAN.

P1260242
Salam senja nan syahdu semuaa...pernah dengar labu siam?. Mula2 mat mati2 ingat jambu batu, dulu2 aku siap belek2 bagai, dah nak beli, sebab ingat jambu batu yang orang makan dengan serbuk asam boi tu. Sekali ada nyonya cakap ini masak macam sayur..kasi letak itu udanggggg.....Oooo baru tau, tapi tak beli lagi, sampai satu masa Datin Jun geng masak2 mat gebu call tanya mat apa nama benda ni, huhu, mat pun tatau, tak pe kita gunakan idea, on tenet, search, sekali kelaur koo pic sayur/buah seperti gambar dibawah ni.....

Hahaha, amacam rupa dia..comel tak, esok2 kalau umur aku panjang kan, time gigi semua dah lucut, macam tu lah rupa bibir mat gebu, tak cekci dahh, tak merah dahh...Tapi rupa dia memang samakan macam mulut orang tak dak gigi, kecut semacam..kannn. Ni mat beli 2 hari lepas, tapi tadi baru masak, rasa dia manis dan rangup, tapi mat masak hingga lembut lah. sebab ada yang kat rumah ni tak boleh makan yang keras2..Gambar tu mat ambik yeaa..bukan cilok kat mana2...tak caya cuba tgk jejari gebu mat gebu tu..sama tak yang tersiar kat " 1 tube"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu siam
15 ekor udang siaz sederhana
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula dan garam jika perlu
Air secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi (optional)*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu siam dikupas kulit, belah dua, buang biji dan hiris nipis atau potong ikut suka, cuci dan toskan. Udang dikupas kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk sos tiram dan tumis hingga wangi. Masukkan udang dan labu siam tadi. Gaul rata dan tuang air.
  3. Bila mendidih, kecik kan api dan masak hingga labu siam empuk dan kuah sedikit pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan rasa jika perlu tambah garam atau sos ikan. Masak sekejap dan boleh angkat. Hidangkan..

14 comments:

mia.lia said...

yela..mcm bibir..hahaha

finas said...

sblm ni mmg serius tak tahu nama buah ni...ingat buah ni macam jambu...rupanya namanya labu siam yer...

Ctnaemah said...

mat..baru tau labu ni labu siam..akak pernah beli buat masak tumis air..rasa2 ni kembo labu air juga tp jenis kontot..kat jln nak naik cameron highland..banyak pokok buah ni mat..Akak rasa mcm nak berenti petik aje sbb takde tuan punya tapi kang marah pulak org belakang..hehehe

Miss Ran said...

erk sme la kite dlu2...slalu kempunn nk mkn jambu..skali slah da...slamat tak smpat beli lg=P

zaMir said...

selalu jugak mak saya masak labu siam nih...buat sup sayur....sedap jugak...

tgk skit..saya ada masak benda simple2 ari tu.. http://ninenov91.blogspot.com/2011/03/dinner-pasta-lagi.html

Sis-Lin said...

Mat..rupan bentuknya bt aku gelak tersengih..ntah tak tau kenapa..hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

owh..labu siam ke nama dia.lum pernah beli lg MG

Citarasa Rinduan said...

cik mat...

http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/03/perginya-seorang-blogger-yang-kukenali.html

Sunah Mohammad said...

pakcikmat!!! hahahaha~ memang macam mulut orang takde gigi! err..memang sume rupe labu siam macam ni ke?

akuanakpahang said...

Salam CMG, x pernah rasa nampak macam best aje :)
New Entry "Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012"

dunia maiza said...

baru tau camtu rupanya labu siam hehe..bole try masak la pasni.cari kat pasar ada kot hehe

Jun said...

hehe...ok gak rasa dia kan mat?

yusparisa said...

dulu MIL pernah confuse jap, dia ingatkan jambu, siap potong2 letak dalam pinggan nk cicah kicap, pastu dia kata pesal la jambu ni rasa semacam, saya pun cakap kat dia, la ni bukan jambu, ni sayur, wat tumis air sedap ni...saya ingtkan kundur..hihi, tp sedap rasanya, manis & rangup..

kakmelor said...

tringt cm gulai labu air....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.