BEN ASHAARI

Wednesday, March 30, 2011

KARI IKAN.....ala.....MAMAK.

P1260850
Assalammualaikumm..cakkk!!..haha, Che Mat Gebu in the house...amacam dah siap masak?. Menu apa ni hari. Sepatutnya mat nak cuti, tapi kan hati tu tak tenteram..mana2 merayau pun dok ingat kat blog siaaa. Tak pelah, kalau mat bercuti nanti, ada pulak yang rindu, nanges2 bagai, mat gebu kan jenis tak sampai hati..lagi2 kalau ada yang nanges....kannn...lemah semangat terus.. Ok tengah hari ni saja teringin sangat2 nak makan kari ikan, tapi style mamak, yang tak guna santan tu...TAPI kan mat guna juga santan dalam 1/4 cawan, bukan apa nak ngabis kan baki semalam punya. Ikan terpulang nak guna apa jenis, tenggiri sedap, bawal pun boleh, ikan pari pun sesuai, ikan merah pun ok atau ikan unga pun lazat. Mat guna ikan kegemaran mat lah Japanese Mackerel, ada orang kata, CM, u tak takut ke ikan dari Jepun tu ada kesan radiasi, tah2 ikan tu makan orang...huhu...malas nak komen... Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan Japanese Mackerel (atau ikan pilihan anda)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah belah 2
1 keping asam gelugor, jika perlu
1/4 cawan santan (optional)
1 camca besar penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 biji tomato merah, dicincang halus
1 inci halia, hiris nipis
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat 4 setiap seekor (ikut saiz ikan) cuci bersih dan toskan. Bancuh rempah kari tadi dengan air sehingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga layu dan harum, tambah cili kisar dan serbuk kunyit, tumis lagi hingga cili garing. Masuk bancuhan rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, bila mendidih, masukkan santan, garam secukup rasa dan sedikit gula. Rasa dan jika perlu masukkan asam keping. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Masukkan tomato dan cili belah. Biar sekejap. Boleh hidangkan....

10 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

HAHAHAHAH... KARI IKAN, SAYE YAKIN KARI IKAN MAMAK SAYE LEBIH SEDAP DARI PAK CIK MAT GEBU! HAHHAAHAHAA...


SEBAB, SAYE EXPERT BAB KARI ^^

Mat Gebu said...

@ yuyu - hahahaha...boleh lah share dgn pcm..

shida anwar said...

cili ngan tomato tu x hengat..

mydarlingstore said...

dah agak dah abg mat tak kan cuti ari nih....apa pn kari nampak best!!!

ilahjy said...

fuhh ni hidangan utama org kedah.. selalu kalu tak habis esok pagi cicah dgn roti putih..sedapppp.. kak ilah dah beli jelita pagi tadi, dah buat N3..selepas jer baca N3 cm terus pergi beli..

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh kalau pekena tgh hari nie mau x masuk opis sebelah petang :)

New Entry "Penduduk Kuantan Demonstrasi Bantah Pembinaan Loji Radioaktif Di Parlimen"

New Entry "Awek bertudung buat hal lagi..."

Jiji-Fify said...

owhhhh first time tengok ikan mackerel masak camni.. :))

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

SiS NaD said...

SaYeR TaK SuKeR KaRi iKaN!~ TaPi BiLeR TPaNDaNG GaMBaR D aTaS, LaGi2 CiLi BSaR GeDaBaK Tu, TRaSe NaK CuBeR MaKaN La... HuHu!~

kakchik@ella said...

sama la pulak resepi kita arini cik mat.

zuwaidah said...

cik mat, ni kalau dok kat utara, cicah dengan roti canai sedap nih.....kalau kari simpan 2, 3 hari lagi sedap fuhhhhh meleleh ayaq liuq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.