ADUHAI KUPANG......SELAMAT HARI WANITA...

P1260137
Salam semua, hmm, nak share apa yang mat masak tengah hari tadi, fresh ni dari dapur mat gebu, masih hangat dan berasap. Kupang...anda suka makan kupang?..mat suka, tapi tu lah ada kala alahan pada kulit, huhu..ni hari mat masak kupang, mula mat buat sambal tumis dan baki dia mat goreng dengan sawi pok choy. Ok lah kan, masak yang ringkas2 jeee..Kadang2 mat malas nak letak kat blog tapi tak pe lah, saja bagi idea dan share apa kita masak...Kupang ni mat beli yang dah siap kupas, kalau dapat yang segar berkulit tu, lagi sedap, tapi kadang2 yang berkulit tu isi dia ciput, cinonet jee, tak ber berbaloi..

P1260139
Sambal tumis kupang ni kalau ada roti pun orait kan, hmm macam nak rebus ubi je petang nanti, tak pun buat lempeng pekak kee, ishh..macam2 beno plan, last satu haram tak jadi..Hmm merancang saja. Kupang ni kata orang2 tua, kalau kita nak beli yang segar kena tunggu bulan gelap, sama juga kes dengan ketam, sebab masa tu isi dia penuh, kalau bulan terang, isi dia mengecut..hmm wallahualamm kan, tapi ada betul nya juga tau... Ok ni hari kan hari wanita sedunia kali yang ke - 100, oleh itu DTS - MAT GEBU.....

Ingin mengucapkan pada semua wanita2 dalam dunia ini, selamat hari wanita ke 100, anda tunggak utama tak kira dalam apa jua situasi. Wanita satu ciptaan Allah paling indah yang pernah belaku dikalangan manusia...Moga kesejahteraan, kebahagian, kemakmuran mengiring setiap wanita di muka bumi Allah ini...Salam sayang dari DTS-MG.....

Ok, semak resipi pulak yeaa..

POK CHOY GORENG BERKUPANG..,

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok sawi pok choy, asingkan daun dan pelepah, siang, cuci dan toskan
1 cawan isi kupang, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1/2 camca besar sos ikan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau, hingga harum, masukkan kupang dan goreng sebentar, tambah sos tiram dan juga pelepah sawi. Biar hingga lembut.
  2. Tambah daun dan kacau rata. Perasakan dengan garam jika perlu, masak sekejap dan matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera.

SAMBAL TUMIS KUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kupang, dibersihkan..
3/4 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (mat guna serbuk perasa)
1 biji bawang besar, hiris
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata.
  2. Masukkan kupang dan bawang besar, masak hingga pekat, tambah garam lagi jika perlu dan sedikit serbuk perasa. Kacau dan matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

23 Comments

  1. Wahh..terharu cikmat bagi bunger.
    Walaupun kena share ramai2 :p

    ReplyDelete
  2. Haiiii la kupang...naper lerrrr ko nampak sedap sangat nih!

    ReplyDelete
  3. mekasih abg mat gebu...selamat hari wanita buat semua wanita... =D

    ReplyDelete
  4. Salam CMG, menarik betul sambal tumis kupang tu :)

    ReplyDelete
  5. isk isk terliur tgk sambal kupang
    feveret tuh

    ReplyDelete
  6. wah .. bestnya dpt bunga. mcm sedap je kupang tu, kan. boleh la kakchik cuba nnt. hihi ..

    ReplyDelete
  7. Salam, kita suka kupang.. masak sambal lagi suka...

    Kita nak mintak frame tu, bolehhhhhhhhh???

    ReplyDelete
  8. waaa,,sdp..
    tp xminat sgt kt kupang..hehe

    ReplyDelete
  9. t.kasih ucapan utk wanita tu...
    lama tak tinggal jejak sini.. bw pun mcm bas ekspress je.. lalu gitu jer tak sempat nak komen.. hehe.. apa2pun.. mmg wajib masuk sini sokmo...

    ReplyDelete
  10. Salam Che Mat!

    Semoga Che Mat sihat dan bahagia..lama tak menyapa..huhu kebizian dan mood bersiaran ke laut..

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas ucapan HARI WANITA...dan terima kasih juga untuk ENCIK MAT GEBU kerana memberi resipi2 yang membuat kaum WANITA sentiasa ingin mencuba demi memenuhi selera suami dan anak2.

    ReplyDelete
  12. perghhh tgk sambal kupang cik mat tu yg tak thn....sedapnya...memang suka mkn kupang ni.

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih Abg Mat kerana memeperingati Hari Wanita n bagi resipi yg mudah untuk wanita hari ini hehehe

    ReplyDelete
  14. haaa..abg mat so sweet..
    sebagai wanita saya amat terharu. :)
    terima kasih.
    btw macam biasa resepi abg mat memang melerts!

    ReplyDelete
  15. pkcik mat penah makan donut ngn smbal ikan bilis? Mmg mantop..nak masakkkkk=(

    ReplyDelete
  16. besh..!!
    pe je cik mat buat nampak sedap je sume...=)

    ReplyDelete
  17. wah suka2 kupang tambah kalau buat sambal ataupun ala2 sweet sour..perh meleleh wa kata... tapi masalahnya alergik seafood...warghhhh sedey sedey.. makan boleh akibatnya tanggungla risiko..

    ReplyDelete
  18. Syukr masih berbloging..teruskan!

    ReplyDelete
  19. Kupang...lamanya tak makan kupang....

    ReplyDelete
  20. Salam cik mat.... emmmmm.... sedapnya sambal kupang tuuu...menggoda betulll..mintak sikit...hihi..

    ReplyDelete
  21. sorry.. x makan kupang

    he he he. sedap ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.