BEN ASHAARI

Tuesday, February 22, 2011

PUCUK MANIS MASAK LEMAK....SAMBAL KERING TAU KUA

P1250842
Salam tengah hari, semua, dah makan?..Hmm, ketat pulak rasanya ni hari, update pun tergesa2 ni, jadi kalau ada ter typo, jangan lupa tegur eks, biasalah mat gebu kan tulis kat blog fikiran dok merata tempat..huhu Ni hari masak yang senang2 siaa. Pucuk manis masak lemak tu atas permintaan ayahanda, pagi lagi masa lepas hantar cucu dia pi sekolah, tengok dah balik bawak pucuk manis...jadi suruh masak sekian menu, hmm mat masak jee lahh lagi pun bahan mentah dah ada, tinggal aku kupas kelapa, parut dan perah..biasa lah no shortcut kalau luu nak masak typicalnya lauk kampung yang origanal..itu kata mak guaa laahh. Lepas tuu...masak lagi..

P1250835
Sambal kering tauhu pok...apa kah itu tauhu pok?..tauhu pok sejenis tauhu yang ringan dan bersarang dalam dia, dan ianya sendiri telah bergoreng dengan kulit luarnya kekuningan. Selalu digunapakai oleh orang2 peranakan dalam mee kari atau laksa lemak mereka. Tauhu pok ni proses membuatnya menggunakan ubat seakan air garam (kalau tak silap mat lahh), dan tu pasal keadaan dalaman dia bersarang besar2..Ok lah mat tulis dulu resipi ni, tapi biasa lah ulang tayang punya, aku betul2 kering idea nihh....huhu...

PUCUK MANIS MASAK LEMAK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis, asingkan tangkai dan daun
2 biji keledek kawen, kaler oren, siang dan potong berbaji
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
200 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan cair, bawang merah, bawang putih, keledek dan udang kering, masak hingga mendidih. Masukkan pucuk manis, tapi sebelum tu, cuci, toskan dan ramas pucuk manis tadi sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Biar mendidih.
  2. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kalau nak guna serbuk perasa pun ok.. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga keledek empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sambal belacan dan ikan masin...

SAMBAL KERING TAU KUA...

BAHAN-BAHAN:-)
3 keping tau kua (tauhu keras) goreng dan potong 4 setiap satu
3/4 cawan kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1/4 cawan santan (optional)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan santan jika guna. Bila mendidih, tambah garam dan gula secukup rasa.
  2. Bila pekat, masukkan tau kua dan gaul rata2. Masak hingga kering sedikit, rasa dan jika ok boleh angkat dan hidangkan.

13 comments:

AdyBudika said...

sangat kekampungan..suke...dah la aku lom makan neh..macam nak hirup jer kuah die tu..huhuhuh

SaYraH WonDerLanD said...

kalau tengah bulan puasa, Memang blog mat gebus sarah xkan bukak..heeeeeeeeeeeeee..

suri solehah said...

salam CMG...sedapnya pucuk mansi masak lemak...terliur nya..tp susahnya nak jumpa pucuk manis tuu..

Mama Hanim said...

seb baik dh kenyang bru lps lunch..huhu..
(Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang

(Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi

Panglima Muda said...

kuah sikit sangat....

Mat Gebu said...

@ panglima muda - hahaha..kuah sikit sebab nak pose lawa dalam blog, kalau real2 punya, mmg banyakk...terima kasih sudi mencemar duli ke blog masak patik ini...

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum encik mat gebu..
sayur pucuk manis ni skrg sgt susah nak dapat..teringat dulu masa kecik mak suka buat ni..mmg best.. =)

Syieda said...

sedap nih..feberet ni..teringat masakan mak kat kg tu

risa said...

seyes tak pandai masak labu tu..padahal suke yg amat...emmm kalau lawan ngan sambal belacan lagi le masyukkkk:)

notie said...

As Salam CMG,

Sambal tau kua cam best je tapi CMG 3/4 cawan kisar tu apa? Adakah cili kisar? Muskil*garu2 pala*

kakchik@ella said...

lamanya tak makan masak lemak putih. nak wat camna .. 2 org hero dlm umah tak suka. saya yg menurut perintah ini tepaksa la berkorban selera.

Berkorban apa saja .. Pigi dah!! haha ..

Aziela said...

Cik Mat...tau hu pok tu nampak cam sedap jer buat sambal. Sambal kering jer ekk? Dia x resap air ke? Masa masak tu kena basah2 sikit ke...? Ini..combination lauk yang cukup perfect..

Woofer Storm said...

tak pndai mkan tauhu..heheee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.