BEN ASHAARI

Tuesday, February 22, 2011

NINE TREASURES VEGE....ANAK KAK CHIK ADA BLOG!!...

P1250841
Salam petang semua, waaa, tengok aku dah kata idea kering....ishh gersangg nihh. (haipp!!..gersang tu maksud nya no idea lahh..bukan gersang lain...amboihh kan main koner gila otak memasing..sabau jee lahh). Kalau tak caya tengok je lah n3 yang ni, mix vege ala chap chai pun aku letak, cuma nama je lain. Hmm ni mat punya, dan satu lagi, tak de sukatan yang spesific untuk resipi kali ni, guaa main agak2 siaaa, jadi banyak mana nak letak tu luu pepandai lah ek, yang pasti guaa bikin tu lah 1 pinggan sedang tu, jadi kuantiti sayur dia tak brapa banyak tapi ada 9 jenis dalam tu...hmm tahu kira sayur juga ke?...Ok yea, ada blogger baru laaa, anak pada blogger yang amat2 mesra alam, hmm bukan ben ashaari, dia "bujang" lagi, ni laa Kak Chik Ella...woitt! bukan Ella rama2 tu lahh...anak kak chik , Aiman baru je buat blog, jadi budak baru kita yang dah agak lama dan tua ni bagi lah sokongan moral kat dia....bagi lah kata2 semangat sebagai perangsang generasi muda..esok2 kita mati ada juga pelapis..apa ingat berblog ni tak de faedah kee..silap yeaa...klik sini untuk ke blog aiman...Aiman memang tak kesahh punya lahh!@!

BAHAN-BAHANNYA :-)
Brokoli, dipotong sekuntum2
Kacang peas, kerat 2
Cendawan black fungus, kerat kecil
Putih jagung, hiris serong
Lobak merah, belah dua hiris serong
Saleri, hiris serong
Red capsicum, didadu
Green capsicum, didadu
Yellow capsicum, didadu
1 keping tauhu, dadu dan goreng
1 camca besar sos tiram
1 kiub ayam maggi
2 ulas bawang putih, cincang halus
3-4 titik minyak bijan
Sedikit air
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sayur2 tadi dicuci dan toskan. Panaskan minyak, letak minyak bijan, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air. kacau, tambah sayur yang keras dahulu, gaul rata.
  2. Pecahkan kiub ayam dan tabur dalam masakan tadi, tambah sayur2 lain dan kacau goreng hingga semua masak dan sedikit lembut, tapi masih rangup. Jika kurang garam, letak sedikit. atau kalau boleh renjis sos ikan..Boleh angkat dan hidangkan panas..

13 comments:

Tihara said...

emhh..banyak khasiat ni,ratah pun mabeles :D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

menyelerakan... i loikee

y u y u Z u l a i k h a said...

pak cik matttt~ tak de ke cara supaya saye suka sayur??? :(

mia.lia said...

waaa..sdp gile ni..da la colourful..crunchy lgi ;D

kakpah said...

tengok gambar je dah menggiurkan. Belum makan lagi tu...mesti sedapp..

Aiman said...

uncle mat ! aiman terharu nie . thank you sooooooooo much , air mata dah bergenang nie .japjap carik tisu .. huhu

Mat Gebu said...

@ aiman - haha, all the best for aiman...dari pakcik mat...

kakchik@ella said...

cik mat .. tengsss byk2 on bhalf of aiman. terharu gak ni. Aiman .. cepat cari saputangan. meleleh dah ni. sob .. sob ..

Woofer Storm said...

sedap ni,nak makan dulu seblum nak terjah blog aiman tak kisah...heee

alexa yussida said...

waaahhh aiman pon dah stat berblog..nak skodeng aiman la:D

farah fauzi said...

sungguh menarik gambar nih..full of caolors...i loike..

Lieynanilaz said...

resipi yg ringkas dan berkhasiat....ratah pun sooodappp...

Lagenda said...

Salam cik mat..tumpang komen seket kat sini buleh?? Hehehe

meleleh dah ni tgkkan sayur tu. Taaaaapi, klu mak kutip brocoli dgn cendawan black fungus ( mak call it cendawan telinga kera) je buleh???

sayur yg lain2 tu, mak tolak tepi...hahaha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.