NASI GORENG UDANG KERING....

P1250945
Salam morning pagi Sabtu semua...huhu, malas ni hari nkoo, eh kurang rajinn...panas lah cuaca, pagi2 dah berpeluh, tu jam 6 dah siap2 mandi segala. Pagi tadi mat on FB, tengok2 Kak Anim @ Penyulawa nama glamour TAG mat dengan nasi goreng udang geragau. Waaa, saja lahh tu mencabar aku nampak...ok tak pe, selongkar peti sejuk, jumpa udang kering, udang geragau tu ada tapi tah mana letak pun tatau. Mat pun buat juga, tapi gunalah apa yang ada, kira menderhaka lah senang cerita. Ok..ni pening pala sudahh...sebab radio rosak dan mula on kan siaran dia....aku rasa nak pengsan ni arghh rasa nak lari pi pasar basah soping2 ikan dan sayur..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
6 biji cili padi, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 batang lobak merah, didadu
1 batang saleri, didadu
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili padi titik hingga harum, masukkan lobak merah dan saleri, kacau rata. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, bila telur mengeras, kacau hancur. Gaul rata dan tambah sos ikan dalam 2 camca besar, kacau rata.
  2. Tambah nasi dan besarkan sedikit api, kacau hingga mesra. Masak hingga nasi kelihatan kering, rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan...

Post a Comment

15 Comments

  1. ghee..sdp ni...simple je..
    xmkn lgi neh ==

    ReplyDelete
  2. wah sama la menu sarapan kita, tapi sy pnya nasi goreng pakai perencah segera adabi. hehehe

    ReplyDelete
  3. sy pun masak nasi goreng pagi ni... :)

    ReplyDelete
  4. @ ady - aku pulak dah makan..makan hati...waaaa tensenn lahh...huhu..

    ReplyDelete
  5. kalau tambah black pepper okey juga ni...

    ReplyDelete
  6. adeh..tergoda..dh lama xmkn nasik huhuu...

    ReplyDelete
  7. sedapnya. hari ni pun miza buat nasi goreng macam ni cuma tak letak udang kering. hehehe :)

    ReplyDelete
  8. hay nasi goreng!!
    hay sungguh enak!!!

    hahaha....lupa lirik dh,...hahhaa

    ReplyDelete
  9. mati roti bun ikan bilis mighty white saja. sedap. huhu~

    ReplyDelete
  10. Salam CMG, kalau pekena ptg2 nei best juga nie :)
    New Entry "Mahu bina masjid lagi..."

    ReplyDelete
  11. wah..bhn2 semua ada..boleh cuba ni.. =)

    ReplyDelete
  12. sye da try buat pg tadi.menjadi n sedap.tq mat gebu coz share resepi ni;)

    ReplyDelete
  13. esok mau cuba la :)

    Jom Join Says.My untuk tutorial gambar sila add Facebook aku
    Selepas Join, share kempen yang ada ya^^

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.